Home Buletin Semasa LARASKAN MASA AKTIVITI LUAR SEMASA MUSIM PANAS

LARASKAN MASA AKTIVITI LUAR SEMASA MUSIM PANAS

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Cuaca panas sehingga mencecah suhu 32°C di negeri ini amat membimbangkan khususnya bagi mereka yang gemar melakukan aktiviti luar.

Menurut Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Profesor Dr. Abdul Razak Sulaiman, menasihatkan agar mereka tidak terdedah dengan cuaca panas.

“Mereka perlu sentiasa menyejukkan badan dan lindungi diri daripada cuaca panas seperti menggunakan paying.

“Selalu minum banyak air supaya air itu boleh menyejukkan badan kita dan proses dehidrasi air yang meruap itu digantikan semula dalam badan kita dan ambil kesempatan untuk berlindung daripada cuaca panas,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Syarahan Umum Pelantikan Profesor&Perkongsian Ilmu, Jabatan Perubatan Masyarakat, PPSP, di Dewan Utama, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia, di sini, hari semalam.

Katanya, bagi mereka yang gemarkan aktiviti luar seperti bersenam mereka digalakkan untuk melakukan aktiviti itu di awal pagi atau lewat petang sahaja.

“Sebaiknya kena laraskan masa lah. Prinsipnya kalau panas kena cari untuk sejukkan dan menggantikan semula air yang hilang dalam badan.

“Sebab apabila air banyak di dalam badan proses pengurangan air dalam badan sebenarnya menyejukkan badan tapi dalam masa yang sama kita akan kekurangan air, jadi kita perlu isi semula,”katanya.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here