Home Buletin Semasa LEBIH 1,400 PESERTA SERTAI MARAK FUN RUN MADANI DI KELANTAN

LEBIH 1,400 PESERTA SERTAI MARAK FUN RUN MADANI DI KELANTAN

470
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Lebih 1,400 peserta menyertai MaRak Fun Run MADANI yang diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini pagi tadi.

Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Kelantan, Mohd Saipuddin Zakaria berkata, larian itu berlangsung seawal jam 7.30 pagi dengan jarak 3.5 kilometer (km).

“Penglibatan peserta juga sangat meriah termasuk atlet Para Sukan Malaysia (Para SUKMA) Kelantan.

“Kita memilih tema perpaduan untuk Marak Fun Run sebagai tanda menyokong Malaysia MADANI,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas turut serta dalam larian di sini pagi tadi.

Terdahulu, pelepasan MaRak Fun Run disempurnakan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Chang Lih Kang, Timbalan Menteri MOSTI Datuk Mohammad Yusof Apdal, serta Ketua Setiausaha MOSTI Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad.

“Program bermula seawal jam 6.30 pagi dengan acara senamrobik. Kita juga menyediakan cabutan bertuah untuk peserta dan pemenang pakaian tradisonal yang menyertai MaRak Fun Run,” katanya.

Beliau berkata, program tersebut dapat menyemarakkan semangat patriotisme menerusi aktiviti sihat dan mesra keluarga serta mempromosikan gaya hidup selaras dengan semangat Malaysia MADANI.

Sementara itu, menurut seorang peserta Mohd Hatifi Mohd Sudin, 42, dari Kampung Kedai Mulong berkata, dia bersama isteri serta dua anaknya segak dengan mengenakan busana tradisional bagi memeriahkan suasana.

“Idea untuk pakai pakaian tradisional ini timbul pada saat-saat akhir, namun kita buat persiapan secara ringkas untuk menghidupkan lagi nilai warisan dalam kalangan peserta,” katanya.

Seorang lagi peserta, Mohamad Haris Amani Che Azhan, 25, dari Kota Bharu, berkata dia meminati aktiviti larian dan sering menyertai pelbagai acara sebagai cara mengekalkan kecergasan serta memenuhi minatnya.

“Suasana pada pagi ini juga sangat meriah dengan pelbagai lapisan masyarakat dan peserta.

“Walaupun penat tapi sangat berpuas hati kerana secara tidak langsung ia boleh menyihatkan tubuh badan,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here