Home Luar Negara TIGA TENTERA THAILAND CEDERA AKIBAT LETUPAN PERIUK API

TIGA TENTERA THAILAND CEDERA AKIBAT LETUPAN PERIUK API

271
0

BANGKOK: Tiga anggota tentera Thailand cedera akibat letupan periuk api, ketika menjalankan rondaan berhampiran sempadan Kemboja, hari ini.

Menurut kenyataan Tentera Diraja Thailand, letupan itu berlaku di wilayah Sisaket pada jam 10 pagi.

Memetik laporan AFP menerusi Berita Harian, seorang askar cedera parah di kaki, seorang lagi cedera di belakang badan dan lengan, manakala seorang lagi mengalami kerosakan tekanan teruk di telinga.

Perdana Menteri sementara Thailand, Phumtham Wechayachai, mengarahkan tentera memastikan ketiga-tiga anggota yang cedera mendapat rawatan perubatan sepenuhnya.

Insiden itu berlaku beberapa hari selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk gencatan senjata bagi mengakhiri pertempuran tentera paling dahsyat dalam tempoh beberapa dekad.

Dalam konflik selama lima hari yang berakhir pada 29 Julai lalu, sekurang-kurangnya 43 orang terbunuh, akibat pertikaian lama mengenai kuil sempadan.

Pertempuran yang membabitkan jet pejuang, artileri, roket, dan pertempuran infanteri itu berakhir dengan gencatan senjata selepas campur tangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Mesyuarat pegawai pertahanan di Kuala Lumpur yang berakhir pada Khamis lalu, mencapai persetujuan untuk melanjutkan gencatan senjata.

Pertempuran bulan lalu sepanjang sempadan sepanjang 800 kilometer itu memaksa lebih 300,000 penduduk melarikan diri dari kawasan peperangan di kedua-dua belah sempadan. – AFP, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here