Home Buletin Semasa KTJ FISHING BERI LIMPAHAN REZEKI BUAT PEMANCING

KTJ FISHING BERI LIMPAHAN REZEKI BUAT PEMANCING

Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan Imedikel TV

BACHOK: Pertandingan memancing anjuran KTJ Fishing membuka limpahan rezeki buat penduduk di sekitar Kelantan.

Pertandingan yang dianjurkan itu menarik minat seramai 600 kaki pancing dari Kelantan dan Terengganu.

Tinjauan Imedikel TV mendapati sebahagian pemancing menunggu penuh kesabaran ketika pertandingan itu berlangsung di parit tali air Sungai Seneng,Jelawat, di sini, semalam.

Menurut penganjur pertandingan itu, Rosdi Mohd Zain, 57, dari Dungun Terengganu, program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara pemancing dan penduduk di sini.

Katanya ikan keli untuk pancingan dilepaskan sejak khamis lalu.

“Puas hati dengan sambutan orang kampung pasal kita pertama kali buat di sini kan jadi sambutan tu memang luar biasa la.

“Ikan ini kita lepas, kita order ikan keli sebanyak 1.5 tan kita lepas, makna untuk ikan keli sahaja kita pertandingkan. Ikan lain naik kita tak kira la.

Katanya, pemenang ikan bagi saiz yang paling berat membawa pulang wang tunai sebanyak RM20,000.

Selain itu, terdapat 80 pemenang yang dipilih mengikut saiz ikan yang mereka dapati.

“Yuran kita tawar hari ni RM 70 untuk satu joran.”

“Joran tu kita ada syarat la banyak syarat kita sebenarnya tapi hari ni antaranya satu joran satu mata kail sahaja dibenarkan yang lain kita bebas macam umpan kita bebas nak pakai umpan apa pun tidak kira.”

Tambah Rosdi, suasana yang meriah itu turut ditambah dengan tawaran hadiah cabutan bertuah seperti dua buah motosikal modenas buat pemancing dan orang ramai.

Katanya, yuran penyertaan adalah RM70 bagi satu joran.

Jelas Rosdi, program itu adalah kerjasama pihak persatuan ibu bapa dan guru (pibg) sekolah kebangsaan seneng.

Pertandingan itu berlangsung selama sehari bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi semalam.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here