Home Buletin Semasa JBPM SENTIASA BERSIAP SEDIA DALAM SEMUA SITUASI

JBPM SENTIASA BERSIAP SEDIA DALAM SEMUA SITUASI

KOTA BHARU: Seperti kita sedia maklum, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) adalah salah satu kekuatan bagi masyarakat bagi kes-kes kecemasan.

Bukan sahaja membabitkan kes kebakaran dan kemalangan malah, mereka juga bertindak sebagai penyelamat yang membabitkan kes kecemasan di musim panas dan banjir.

Team I medikel TV berkesempatan menemubual Pengarah JBPM negeri Kelantan, Penolong Pesuruhjaya Bomba, Zainal Madasin, di Ibu Pejabat JBPM, Tunjong, baru-baru ini.

“Persiapan dan persediaan kita ni sebelum kejadian pun kita bersedialah, di balai pun kita boleh nampak kita bersedia. 24 jam kita bersedia, mereka bertugas pun 12 jam 12 jam tanpa henti. Jadi yang utama di sini ialah kita punya preparation kita punya aset, kalau aset kita tak kuat tak cukup dah banyak rosak tak guna juga.

“Kalau banjir, apa aset kita yang sesuai, kita punya bot, perahu kita, enjin sangat penting dan juga lori sangat penting untk perpindahan mangsa banjir.”

Zainal berkata, kekuatan anggota juga amat penting sebagai persediaan menghadapi musim panas dan banjir.

Anggota biasanya akan dibekukan cuti kecuali kes yang membabitkan kecemasan ahli keluarga.

Menurut zainal, seterusnya adalah pra rancang: pelan kontigensi.

“Biasanya kejadian satu-satu tempat kita dah tahu dah apa keperluan kita contoh kilang di PC kita dah tahu dah apa keperluan kita akan guna di sana, laluan masuk apa semua kita dah tahu dah, kita ada perancang, tapi kalau sebaliknya kita tak buat semua ni, memang caca merba, kita tak tahu di mana pili bomba, kita tak tahu segala-galanya akan menyusahkan jabatan, perlu ada pra rancang untuk kita buat kajian.”

Beliau berkata latihan bersama agensi adalah penting bagi kerja berpasukan untuk berkolaborasi dengan agensi-agensi berkaitan.

“Contohnya kebakaran melibatkan kilang besar, bomba boleh buat tak ada masalah tapi kita perlu sokongan daripada agensi lain macam apm boleh membantu kita untuk sokongan kita dan kerjasama bukan sahaja daripada di lapangan tapi kerajaan negeri pun sokong kita, orang politik pun sokong kita, mereka akan turun padang apa semua dan ini dikira kerjasama semua agensi dan semua pihak. Itu persiapan kita musim yang melibatkan kejadian berlaku di kelantan pada musim panas dan juga banjir.”

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here