Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
Masih ramai wanita yang kurang kesedaran dalam penukaran tuala wanita ketika dalam haid.
Hal ini berkait rapat dengan kesihatan, oleh sebab itu mereka perlu menjaga kebersihan diri dan mengelakkan tabiat yang malas unutk menukar tuala wanita itu.
Umumnya, penukaran secara kerap itu sangat penting, sekurang-kurangnya setiap 4-6 jam, walaupun aliran darah tidak terlalu banyak.
Terdapat beberapa kesan buruk sekiranya golongan wanita jarang menukar tuala wanita secara kerap:
1. Risiko jangkitan bakteria: darah haid yang terperangkap dalam tuala wanita itu adalah medium yang sesuai untuk pertumbuhan bakteria. Sekiranya tidak ditukar dengan kerap, ia boleh menyebabkan jangkitan bakteria pada kawasan faraj.
2. Ruam dan iritasi kulit: penggunaan tuala wanita yang basah dan tertekan kepada kulit dalam tempoh masa yang lama boleh menyebabkan ruam, iritasi, dan masalah kulit seperti dermatitis. Kulit di kawasan ini juga menjadi lebih mudah tercedera.
3. Bau tidak menyenangkan: darah haid yang dibiarkan terlalu lama dalam tuala wanita boleh menyebabkan bau yang tidak menyenangkan, yang boleh menjejaskan keyakinan diri seseorang.
4. Toxic Shock Syndrome (TSS): Walaupun lebih umum dikaitkan dengan penggunaan tampon, risiko TSS juga boleh meningkat sekiranya tuala wanita tidak ditukar dengan kerap. TSS adalah jangkitan serius yang disebabkan oleh toksin bakteria.
5. Kegatalan dan ketidakselesaan: tuala wanita yang dipakai terlalu lama boleh menyebabkan kegatalan dan rasa tidak selesa di kawasan genital, menjadikan pengalaman haid lebih sukar diurus.
IMedikel TV






