Home Luar Negara PENIPU JALANI PEMBEDAHAN PLASTIK UNTUK ELAK TANGKAPAN

PENIPU JALANI PEMBEDAHAN PLASTIK UNTUK ELAK TANGKAPAN

168
0

Seoul: Polis Korea Selatan pada Khamis lalu menyatakan mereka menahan ketua operasi penipuan mata wang kripto yang menipu pelabur sebanyak 16 bilion won atau kira-kira RM52.8 juta, lapor The Korea Herald.

Ketika ditahan, suspek sudah menjalani pembedahan plastik dalam usaha untuk mengelak ditangkap pihak berkuasa.

Lelaki berusia 40-an itu ditahan awal bulan ini kerana memperdaya 158 mangsa antara November 2021 dan Jun 2022.

Dia dikatakan menjanjikan pulangan bulanan sebanyak 18 peratus bagi pelaburan dalam perniagaan perlombongan mata wang kripto, menurut Agensi Polis Metropolitan Seoul.

Polis berkata, mangsa kehilangan jumlah antara 1.2 juta hingga 250 juta won (RM3,960 hingga RM825,000).

Lelaki itu melarikan diri selama 10 bulan selepas gagal hadir pada perbicaraan tahanan praperbicaraannya pada September lalu.

Mahkamah kemudian mengeluarkan waran tangkap dan polis mula menjejakinya.

Pihak berkuasa berkata, dia berjaya mengelak penyiasat dengan mengubah penampilannya melalui pembedahan plastik pada mata, hidung dan bentuk muka yang menelan belanja kira-kira 21 juta won (RM69,300) – dan dengan memakai rambut palsu.

Polis berkata, mereka dapat menangkap lelaki itu di sebuah apartmen di Guri, Wilayah Gyeonggi. Ia berdasarkan rakaman pengawasan, rekod telefon dan sejarah carian internet. – AGENSI, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here