Home Luar Negara 10 MAUT TRAK REMPUH BAR PADA AWAL PAGI

10 MAUT TRAK REMPUH BAR PADA AWAL PAGI

149
0

PANAMA CITY: Sekurang-kurang 10 maut dan 17 lagi cedera apabila sebuah trak merempuh bar di barat Republik Dominika, awal pagi semalam, lapor Xinhua yang memetik media tempatan.

Nahas berlaku kira-kira jam 3 pagi di bandar Las Yayas, wilayah Azua, selepas trak itu dipercayai hilang kawalan pada kelajuan tinggi lalu merempuh sebuah bar tempatan, menurut laporan media tempatan.

Pihak berkuasa trafik tempatan memaklumkan, jumlah kematian terbabit berkemungkinan akan meningkat berikutan sebilangan mangsa yang cedera dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Punca kejadian masih dalam siasatan, dengan spekulasi bahawa kerosakan pada trak atau memandu dalam keadaan mabuk berkemungkinan menjadi punca kemalangan itu. – BERNAMA-XINHUA, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here