Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
Seharian di tempat kerja boleh menyebabkan seseorang berasa mudah kepenatan dan tertekan sehingga menganggu aktiviti di pejabat.
Dalam tempoh lebih kurang 8 jam bekerja, tentu akan memberi kesan yang kurang efektif kepada pekerja.
Untuk itu, mereka boleh melakukan beberapa tips untuk kekal sihat di tempat kerja.
- Mengawal stres dan emosi.
- Melakukan senaman ringan seperti X-Break di tempat kerja.
- Dapatkan tidur yang berkualiti selama 7 hingga 9 jam setiap hari
- Pengambilan air kosong yang secukupnya untuk kekal hidrat.
- Aktifkan diri setiap jam dengan berjalan atau melakukan regangan selama 5 minit.

Ramai mengambil mudah tentang postur badan ketika sedang membuat kerja di pejabat.
Dengan itu, pastikan postur tubuh dengan betul, duduk dalam postur yang baik untuk mengelakkan sakit belakang dan leher.
Amalan-amalan ini membantu meningkatkan kesejahteraan dan tenaga sepanjang hari bekerja.
Sumber KKM
IMedikel TV






