Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
KOTA BHARU: Penggunaan bahasa asing seperti bahasa Inggeris semakin meluas dalam kalangan masyarakat, namun kepentingan memelihara bahasa ibunda tidak harus diabaikan.
“Meskipun penguasaan bahasa asing iaitu bahasa inggeris memberi kelebihan dalam era globalisasi, masyarakat harus memastikan generasi muda masih mahir dan berbangga menggunakan bahasa ibunda.
“Bahasa inggeris juga amat penting untuk penggunaan di luar sekolah dan ia juga mempunyai banyak cabang dalam pekerjaan,” katanya ketika ditemui pada program Larian Ceria Bahasa di Kota Bharu, di sini, pada Jumaat.
Dia yang juga dikenali sebagai ‘Sir Asai’ berkata, ibu bapa memainkan peranan penting untuk menerapkan penggunaan bahasa inggeris dalam kalangan anak-anak.
“Pada masa yang sama juga, kita perlu memartabatkan bahasa ibunda kita iaitu Bahasa Melayu,” katanya.
IMedikel TV






