JOHOR BAHRU: Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Xisco Munoz mengesahkan ayam tambatannnya, Arif Aiman Hanapi bakal terlepas beberapa perlawanan bersama pasukan selepas masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan yang dialami.
Memetik laporan Harian Metro, menurut pengendali kelahiran dari Sepanyol itu, JDT kehilangan pemain terbaik di Asia itu dan sudah tentu ia amat menyedihkan terutama penyokong Harimau Selatan yang tidak dapat melihat kelibat Arif Aiman beraksi dalam tempoh belum pasti untuk dia kembali beraksi.
“Kami sentiasa gembira apabila Arif turun beraksi di padang sama ada bersama skuad kebangsaan dan JDT dan situasi sekarang kami kehilangan pemain yang penting buat kami dan berharap proses pemulihan kecederaan yang dialami berjalan dengan baik.
“Malah kami berharap Arif akan kembali beraksi dengan lebih bertenaga namun perlu tunggu dan tidak pasti bila dia akan beraksi dan itulah bola sepak ada ketika prestasi terbaik dan juga bersedia untuk berdepan masa kesukaran yang tidak boleh dielakkan.
“Apapun kami yakin Arif sedang berusaha dengan bantuan pakar perubatan untuk kembali beraksi dan untuk pengetahuan semua saya tidak dapat informasi mengenai status sebenar kecederaannya, tapi apa yang difahamkan kecederaan dia tidak boleh dimaklumkan kepada anda,” katanya.
Mengenai kemenangan 7-1 ke atas Melaka FC dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam tadi, Munoz jelas menunjukkan persembahan positif selepas tempoh rehat dua minggu untuk member laluan kepada skuad Harimau Malaya beraksi menentang Nepal dalam aksi Kumpulan F kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 18 November lalu.
Katanya, barisan pemain JDT kembali beraksi dengan bertenaga dan mempamerkan aksi permainan berintensiti tinggi untuk memburu kemenangan dan ia juga meningkatkan lagi keyakinan dan motivasi pemain bagi menghadapi Melbourne City FC dalam aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) Stadium Rectangular Melbourne, Sela
Mengenai kegagalan penjaga gol, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed yang agak alpa sehingga memberi ruang buat pemain Melaka FC, Abdul Azim Rahim menjaringkan gol sekali gus memadam rekod tanpa bolos penjaga gol kebangsaan itu, Munoz enggan menyalahkan mana-mana pemain.
“Ia mungkin akan terjadi dan bukan salah Ahmad Syihan malah kesilapan itu juga memberi pengajaran berguna buat penjaga gol dan berharap situasi iitu tidak akan berulang lagi dan itulah bola sepak apa yang berlaku tidak disengajakan,” ujar Munoz.-HMetro Online-
IMedikel TV






