Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
Hari Raya Aidilfitri sudah sinonim dengan pelbagai juadah enak seperti rendang, lemang, kuih-muih, dan minuman manis.
Tanpa disedari, juadah itu sangat berisiko kepada individu yang mengalami masalah kesihatan sekiranya mengambil dalam kuantiti yang berlebihan.
Pengambilan makanan tinggi gula dan lemak secara berlebihan boleh membawa kesan buruk kepada kesihatan, seperti peningkatan risiko obesiti, diabetes, dan penyakit jantung.
Oleh itu, individu yang mempunyai masalah itu perlu mengamalkan kawalan pemakanan yang bijak bagi memastikan kesihatan terjaga sepanjang musim perayaan.
Terdapat beberapa langkah mengawal pengambilan makanan tinggi gula dan lemak semasa beraya, antaranya ialah:
1.Kawal saiz hidangan: ambil makanan dalam kuantiti kecil dan elakkan makan secara berlebihan.
2.Pilih juadah lebih sihat: utamakan makanan yang kurang berminyak, bersantan, dan bergula seperti rendang ayam tanpa santan atau kuih rendah gula.
3.Hadkan minuman manis: gantikan air berkarbonat dan sirap dengan air kosong, infused water, atau jus tanpa gula tambahan.
4.Makan secara perlahan; nikmati makanan dengan perlahan supaya otak mempunyai masa untuk menghantar isyarat kenyang, sekali gus mengelakkan makan berlebihan.
5.Seimbangkan dengan aktiviti fizikal: luangkan masa untuk berjalan kaki atau bersenam ringan selepas menikmati juadah raya bagi membantu membakar kalori.
Bagaimanapun, sudah menjadi tradisi untuk kesemua umat Islam menyambut hari raya dengan menikmat juadah yang disediakan namun kesihatan perlu dijaga.
Amalkan pemakanan yang bijak supaya kesihatan kekal terjaga, bukan hanya semasa perayaan tetapi juga dalam jangka panjang.
IMedikel TV






