Home Hiburan KARYAWAN HULUR RM5,000 BANTU ANAK AUTISME DI LANGKAWI

KARYAWAN HULUR RM5,000 BANTU ANAK AUTISME DI LANGKAWI

210
0

LANGKAWI: Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) memberikan sumbangan RM5,000 kepada Pusat Jagaan Autisme Langkawi (LACC) bagi meringankan beban kewangan pengurusan harian pusat itu.

Memetik laporan menerusi berita harian,Pengerusi KARYAWAN, Datuk Khadijah Ibrahim berkata, pihaknya memahami operasi menguruskan pusat jagaan autisme sentiasa berada dalam keadaan sempurna dan memerlukan kos perbelanjaan tinggi.

“Kami memberikan bantuan supaya operasi harian pusat yang ditubuhkan sejak empat tahun lalu dan memiliki 45 anak autisme terus berjalan lancar, sekali gus menjaga kebajikan pendidikan anak istimewa.

“KARYAWAN tidak mengehadkan bantuan dan kerja amal kepada artis sahaja, malah kami juga menganjurkan majlis bacaan Yasin dan Tahlil buat bekas wartawan hiburan, Allahyarham Kamal Huzaini Kamaludin atau Huzz.

“Kami sudah membantu ramai jurusolek artis, jurugambar dan pereka tari yang memerlukan bantuan selepas dimaklumkan kepada persatuan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Bersama Datuk Khadijah Ibrahim, di sini, hari ini.

Khadijah berkata, sumbangan kepada LACC itu adalah sebahagian dana RM100,000 yang dikumpulkan menerusi konsert Makan Malam Amal The Legends yang berlangsung di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur pada 2 Jun lalu.

“Konsert amal ini akan bersambung di Kota Kinabalu, Sabah pada 1 November ini dengan harapan dapat mengumpul lebih banyak dana bagi membolehkan bantuan disalurkan kepada pelbagai pihak memerlukan di negara ini,” katanya.

Sementara itu, Pengurus merangkap Pengetua LACC, Mastura Abdul Mutalib berkata, pihaknya gembira dan amat menghargai sumbangan kewangan oleh KARYAWAN bagi meringankan beban kewangan ditanggung pusat itu.

“Terima kasih atas sumbangan dan ia sangat bermakna. Kami akan gunakan untuk bayar sewa bangunan, gaji kakitangan, pembelian bahan pembelajaran untuk anak autisme di pusat ini,” katanya.-BH ONLINE-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here