Home Buletin Semasa PERUNTUKAN RM50,000 KEPADA PESARA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN – TPM

PERUNTUKAN RM50,000 KEPADA PESARA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN – TPM

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

PASIR MAS: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memperuntukkan dana sebanyak RM50,000 kepada Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan.

Beliau berkata, peruntukan tersebut akan disalurkan dalam tempoh terdekat.

“Selain itu, pihak Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) turut menyediakan sebanyak RM50,000 dalam bentuk zakat yang menjadikan jumlah keseluruhan RM100,000.
“RM50,000 daripada FELCRA adalah untuk zakat, manakala RM50,000 adalah untuk persatuan ini,”katanya ketika berucap di Majlis Pelancaran Perayaan 30 Tahun Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Cawangan Negeri Kelantan (5PMCK) di Perkarangan Pejabat Cikgu Pencen dan Balai Lu’Lu, di sini, hari ini.

Tambahnya, beliau akan terus prihatin terhadap kebajikan pesara kerajaan dalam mendidik anak-anak.

Hadir sama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Yang Dipertua 5PMCK, Datuk Idris Muhamood.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here