Home Segmen Kesihatan JANGAN AMBIL MUDAH BATUK BERTERUSAN

JANGAN AMBIL MUDAH BATUK BERTERUSAN

293
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

Batuk berterusan sehingga menyebabkan sesak nafas mungkin tergolong dalam masalah serius.

Ramai dalam kalangan masyarakat sekarang, memandang remeh isu batuk berterusan dan sekadar mendapatkan ubat batuk di farmasi tanpa dirujuk mana-mana pegawai perubatan.

Apa yang perlu anda tahu, apabila batuk anda sudah tidak hilang setelah 2 minggu anda perlu mulai risau, kerana anda mungkin menghadapi beberapa masalah paru-paru.

Kebiasanyaan batuk normal akan sembuh dengan sendirinya dalam 1-3 hari.

Sekiranya batuk telah berlangsung selama seminggu, anda perlu berjumpa doktor untuk menentukan sama ada anda memerlukan antibiotik untuk merawat kemungkinan jangkitan bakteria di paru-paru anda.

Sebilangan orang yang masih batuk walaupun sudah selesai menggunakan antibiotik perlu diselidiki lebih lanjut untuk mencari kemungkinan penyebab batuk kronik.

Anda juga berkemungkinan mengalami batuk kronik sekiranya anda batuk berpanjangan dan tidak sembuh lebih dari 8 minggu.

Ada beberapa kemungkinan sekiranya anda mengalami batuk kronik iaitu:

  1. Asma
  2. Penyakit paru-paru obstruktif (COPD) 
  3. Pneumonia
  4. Batuk kering (TB)
  5. Kanser paru-paru 
  6. Efusi Pleural
  7. Bronkitis
  8. Bronchiectasis

Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda atau gelaja seperti itu, anda dinasihatkan untuk ke klinik atau hospital berdekatan bagi mendapatkan nasihat atau rawatan daripada pegawai perubatan bertauliah. Jangan biarkan batuk anda berterusan dan rawat dari awal supaya dapat mengelakkan daripada penyakit yang lebih kronik.

Bagaimanapun, jika anda mempunyai tanda-tanda batuk. Anda boleg gunakan 5 cara hilangkan batuk dengan mudah di rumah:

  1. Minum Air Suam. Sejak dahulu lagi ramai yang mengamalkan minuma air suam untuk melegakan batuk.
  2. Halia. Halia merupakan salah satu herba popular dalam perubatan tradisional.
  3. Bernafas Dengan Wap Air Panas.
  4. Kumur Dengan Air Garam.
  5. Gunakan Madu.

IMedikel TV


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here