Home Luar Negara AL JAZEERA DIGANTUNG DI ISRAEL

AL JAZEERA DIGANTUNG DI ISRAEL

112
0

BAITULMAQDIS: Siaran stesen televisyen al Jazeera di sini, ditutup mulai semalam selepas Kabinet Israel memutuskan saluran itu sebagai ‘penjenayah’.

Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu mengatakan Jemaah Menteri sebulat suara menetapkan ‘saluran TV yang menghasut’, Al Jazeera akan ditutup.

Penutupan sementara saluran itu untuk tempoh 45 hari tetapi boleh dilanjutkan.

Sejak semalam, skrin TV saluran berkenaan bertukar hitam dengan tulisan dalam bahasa Hebrew tertera “Sudah digantung di Israel”.

Arahan penutupan itu tidak terpakai di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat Yang Ditakluk Israel, tempat Al Jazeera menyiarkan secara langsung serangan tentera Israel yang didakwa menyasarkan kemudahan Hamas.

Al Jazeera mengutuk ketetapan Kabinet Israel itu sebagai jenayah dan mengatakan keputusan itu melanggar hak asasi manusia untuk mendapat maklumat.

Persatuan Wartawan Asing mengatakan penutupan Al Jazeera di Israel ialah zaman gelap kepada media dan demokrasi, manakala Kumpulan Wartawan Palestin mengutuk langkah itu sebagai jenayah perang.

Penutupan itu stesen itu selepas Parlimen Israel bulan lalu meluluskan undang-undang memberi kuasa kepada menteri mengharamkan saluran TV luar negara dan menutup pejabat mereka, jika didapati mengancam keselamatan negara. – AFP, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here