Home Luar Negara ISRAEL BEDIL PUSAT PERLINDUNGAN DI MASJID DAN SEKOLAH, 26 TERBUNUH

ISRAEL BEDIL PUSAT PERLINDUNGAN DI MASJID DAN SEKOLAH, 26 TERBUNUH

270
0

KAHERAH: Sekurang-kurangnya 26 orang terbunuh dan 93 yang lain cedera apabila Israel melancarkan serangan udara menyasarkan masjid dan sekolah yang dijadikan pusat perlindungan penduduk, kata pejabat media kerajaan Gaza dikendalikan Hamas.

Pegawai kesihatan Palestin berkata, sekurang-kurangnya 20 orang lagi terbunuh sejak malam Sabtu di utara Gaza, selepas tentera menghantar kereta kebal ke sana buat pertama kali dalam beberapa bulan menggesa penduduk untuk beredar.

Tentera Israel berkata, ia melakukan serangan ke atas Hamas yang beroperasi di di Sekolah Ibn Rushd dan Masjid Shuhada al-Aqsa di Deir al-Balah di tengah Gaza.

Hamas menolak tuduhan ia menggunakan kemudahan awam seperti sekolah, hospital dan masjid untuk tujuan ketenteraan.

“Masjid sudah berada di sini selama 20 tahun dan kawasan kejiranan, menyebabkan orang ramai berpindah (sejak perang tercetus untuk berlindung),” kata imam Ahmed Fleet ketika beliau mengambil serpihan al-Quran akibat serangan Israel itu. “Saya terkejut apabila ia (masjid) diserang.”

Serangan itu berlaku ketika perang antara Israel dan Hamas menghampiri ulang tahun pertamanya, dalam masa sama Israel giat memperluaskan tindakan ketenteraannya di Lubnan.

Pejabat media kerajaan Gaza dikendalikan Hamas berkata, Israel menyerang 27 rumah, sekolah dan pusat perlindungan di seluruh Gaza dalam tempoh 48 jam yang lalu.

Dalam pada itu, tentera Israel pada Sabtu mengeluarkan arahan perpindahan baharu di kem Nuseirat di tengah Semenanjung Gaza, di utara Deir al-Balah, memaksa ratusan keluarga meninggalkan kediaman mereka.

Kereta kebal Israel memasuki Beit Lahiya dan Jabalia semalaman dan serangan udara membunuh sekurang-kurangnya 20 orang, menurut pakar perubatan.

“Perang kembali,” kata Raed, 52, dari Jabalia, sebelum dia dan keluarganya berlepas ke Bandaraya Gaza pada Ahad.

“Letupan akibat serangan udara dan tembakan kereta kebal menggegarkan tanah dan bangunan, rasanya seperti hari-hari awal perang,” katanya kepada Reuters melalui aplikasi permesejan. -Reuters, HMetro Online-

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here