IRAN: Polis Iran semalam mengesahkan pihak berkuasa itu memasang kamera di tempat awam dan jalan raya bagi mengenal pasti serta mengambil tindakan terhadap wanita tidak bertudung.
Menurut polis, tindakan itu dibuat bagi mengekang peningkatan jumlah wanita yang melanggar kod pemakaian wajib itu di Iran.
Susulan itu, beberapa siri protes diadakan bagi menuntut keadilan terhadap kematian mangsa sehingga menyebabkan pasukan keselamatan terpaksa mengawalnya dengan langkah lebih tegas.
“Selepas mereka dikenal pasti, pesalah akan menerima amaran melalui teks mesej berhubung kesan perbuatan itu.” – POLIS
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang disiarkan agensi berita Mizan.
Namun, walaupun wanita yang tidak bertudung berisiko ditangkap, terdapat segelintir mereka yang melanggar kod pakaian wajib itu dengan sewenang-wenangnya dan meluas di pusat membeli-belah, restoran, kedai dan di jalan seluruh negara.
Malah, video yang memaparkan wanita tidak bertudung menentang polis moral membanjiri media sosial.
Kenyataan polis mengenai undang-undang hijab semalam turut menggesa pemilik perniagaan untuk memantau dengan serius terhadap pematuhan pemakaian tudung itu dengan melakukan pemeriksaan secara bersungguh-sungguh.
Di bawah undang-undang syariah islam iran yang dikuatkuasa selepas revolusi 1979, wanita diwajibkan untuk menutup rambut mereka dan mengenakan pakaian labuh lagi longgar yang tidak menampakkan susuk tubuh badan mereka.
Mana-mana wanita yang melanggar peraturan itu boleh dikenakan teguran awam, denda atau ditahan.
Malah, kenyataan dikeluarkan kementerian dalam negeri pada 30 mac lalu turut menegaskan bahawa perkara itu akan tetap dipertahankan kerana ia adalah asas tamadun iran, sekali gus menggesa rakyat untuk menentang wanita tidak bertudung.
Arahan itu bagaimanapun mendorong golongan yang lebih tegas dalam aspek berkenaan dalam beberapa dekad lalu untuk menyerang wanita.
Malah, minggu lalu terdapat video yang tular menunjukkan seorang lelaki membaling dadih ke arah dua wanita yang tidak bertudung di sebuah kedai.
Sumber: BH Online & Reuters
Imedikel TV






