Jakarta: Gempa bumi kuat bermagnitud 7.2 dikesan berlaku di New Guinea, Papua New Guinea (PNG) pada 2.04 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan gempa pada kedalaman 93 kilometer (km), 83 km barat daya dari Wiwak, PNG.
Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu.
Sumber: BERNAMA
– Imedikel TV






