Home Sukan FA PERLU BATAL KAD MERAH LEWIS-SKELLY – ARTETA

FA PERLU BATAL KAD MERAH LEWIS-SKELLY – ARTETA

112
0

WOLVERHAMPTON: Mikel Arteta mahu Persatuan Bolasepak (FA) Inggeris membatalkan kad merah kontroversi ke atas pertahanannya, Myles Lewis-Skelly ketika kemenangan 1-0 ke atas Wolves.

Lewis-Skelly, 18, menjadi pemain ketiga termuda dibuang padang dalam sejarah Liga Perdana Inggeris selepas pengadil Michael Oliver terus melayangkan kad merah kepadanya kerana mengasari Matt Doherty.

Ia keputusan mengejutkan kerana kesalahan itu berlaku di kawasan Arsenal dan jelas bukan disengajakan.

Bekas kapten England, Alan Shearer menganggapnya sebagai ‘salah satu keputusan paling teruk saya pernah lihat selepas sekian lama’.

Pengendali Arsenal, Arteta mahu keputusan itu ditarik semula seperti dilakukan kepada pemain tengah Manchester United, Bruno Fernandes yang kad merahnya ketika menentang Tottenham dibatalkan.

“Saya sangat marah tetapi saya biarkan kepada anda. Saya rasa jelas kami tidak perlu mengulasnya hari ini dan saya harap perkara yang betul akan berlaku.

“Saya harap kami tidak perlu melakukannya (merayu keputusan) dan jika perlu, ada rujukan yang baik, apa yang berlaku dengan Bruno awal musim ini,” kata Arteta.

Arsenal mengutip tiga mata hasil jaringan Riccardo Calafiori pada minit ke-74 aksi di Stadium Molineux selepas tuan rumah turut beraksi 10 orang apabila Joao Gomes dibuang padang.

Kemenangan itu meneruskan harapan mereka untuk mengejar pendahulu, Liverpool yang masih mendahului enam mata walaupun Arsenal bermain lebih satu perlawanan.

“Saya sangat bangga dengan pemain-pemain. Ia sukar dipercayai, terutama dengan apa yang perlu kami hadapi dan bagaimana perasaan mereka. Cara mereka menangani emosi dalam permainan sukar dipercayai,” tambah Arteta. – AFP, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here