Home Hiburan MAMA SINGKAP KENANGAN INDAH BERSAMA OTD

MAMA SINGKAP KENANGAN INDAH BERSAMA OTD

168
0

KUALA LUMPUR: Pernah menyarung pakaian seragam pasukan keselamatan hingga menjadi penyanyi Orkestra Tentera Darat (OTD) pada era 1980-an menjadi antara detik terindah dalam kehidupan vokalis serak-serak basah, Noorshila Amin, 61.

Paling bermakna apabila keanggotaan OTD menjadi batu loncatan untuk Noorshila merealisasikan impian bergelar penyanyi dan merakamkan album.

Pengalaman berkhidmat di bawah pasukan Tentera Darat Malaysia turut memberi peluang kepada Noorshila membuat persembahan pada majlis rasmi kerajaan dan acara keraian di istana.

Berkongsi pengalaman sepanjang menjadi anggota Pranita OTD, penyanyi yang namanya meledak melalui lagu Kad Ucapanmu itu terkenang insiden yang masih dirasakan segar dalam ingatan.

Kisahnya, ada kerabat diraja yang didakwa jatuh hati kepadanya hingga sanggup meminta dia memutuskan tali pertunangan.

“Ketika bertugas bersama OTD, saya banyak buat persembahan dalam pelbagai acara keraian termasuk di istana. Jadi, di situ, saya berkenalan dengan seorang kerabat diraja. Puncanya, saya tegur pakaiannya koyak.

“Tidak sangka pula melalui perkenalan singkat itu, dia jatuh hati. Punyalah beliau berusaha untuk memikat hati saya sampai sanggup datang ke kem, iaitu tempat saya bertugas dan menyamar jadi ayah saya. Dia mahu ajak saya keluar ‘dating’.

“Disebabkan ketika itu saya sudah menjadi tunangan orang, saya tolak dengan baik permintaannya. Namun, dia tetap tidak putus asa dan meminta saya putuskan tali pertunangan sebab hendak kahwin dengan saya,” katanya kepada BH Online.

https://googleads.g.doubleclick.net/pagead/ads?gdpr=0&client=ca-pub-7290637544752706&output=html&h=280&adk=1049212148&adf=1184881832&pi=t.aa~a.1654364369~i.22~rp.4&w=795&abgtt=6&fwrn=4&fwrnh=100&lmt=1737857494&num_ads=1&rafmt=1&armr=3&sem=mc&pwprc=9625033039&ad_type=text_image&format=795×280&url=https%3A%2F%2Fwww.bharian.com.my%2Fhiburan%2Fselebriti%2F2025%2F01%2F1353741%2Fmama-singkap-kenangan-indah-bersama-otd&fwr=0&pra=3&rh=199&rw=795&rpe=1&resp_fmts=3&wgl=1&fa=27&uach=WyJXaW5kb3dzIiwiMTAuMC4wIiwieDg2IiwiIiwiMTMyLjAuNjgzNC4xMTAiLG51bGwsMCxudWxsLCI2NCIsW1siTm90IEEoQnJhbmQiLCI4LjAuMC4wIl0sWyJDaHJvbWl1bSIsIjEzMi4wLjY4MzQuMTEwIl0sWyJHb29nbGUgQ2hyb21lIiwiMTMyLjAuNjgzNC4xMTAiXV0sMF0.&dt=1737857495154&bpp=1&bdt=1067&idt=-M&shv=r20250121&mjsv=m202501230101&ptt=9&saldr=aa&abxe=1&cookie=ID%3Db0db958dfe191d99%3AT%3D1719368737%3ART%3D1737857299%3AS%3DALNI_MbF9oWfGyfpyjB_QLjuGTA27JlbhA&gpic=UID%3D00000e64739845e2%3AT%3D1719368737%3ART%3D1737857299%3AS%3DALNI_MZedfTKigNfuVPzArMPgU5vgKJDKA&eo_id_str=ID%3D67db7f5a1c61ed2b%3AT%3D1722401322%3ART%3D1737857299%3AS%3DAA-AfjbF8kPxGbcOzu3xkezS1mVQ&prev_fmts=0x0%2C795x280&nras=3&correlator=2900435950894&frm=20&pv=1&u_tz=480&u_his=5&u_h=1050&u_w=1680&u_ah=1010&u_aw=1680&u_cd=24&u_sd=1&dmc=4&adx=232&ady=2301&biw=1663&bih=889&scr_x=0&scr_y=0&eid=42532524%2C31089977%2C95347169%2C95347432&oid=2&pvsid=2342878903795738&tmod=515343335&uas=0&nvt=1&ref=https%3A%2F%2Fwww.bharian.com.my%2Fhiburan&fc=1408&brdim=0%2C0%2C0%2C0%2C1680%2C0%2C1680%2C1010%2C1680%2C889&vis=1&rsz=%7C%7Cs%7C&abl=NS&fu=128&bc=31&bz=1&td=1&tdf=2&psd=W251bGwsW251bGwsbnVsbCxudWxsLCJkZXByZWNhdGVkX2thbm9uIl0sbnVsbCwzXQ..&nt=1&ifi=3&uci=a!3&btvi=2&fsb=1&dtd=96

Noorshila berkata, kisah itu tidak berakhir di situ, sebaliknya, mereka sekali lagi dipertemukan dalam satu majlis keramaian.

“Apabila saya dapat tahu dia ada pada majlis itu, saya minta bantuan seorang rakan pemuzik untuk menyamar jadi suami.

“Mujur rakan saya itu sudi membantu. Justeru, ketika saya dan individu terbabit bertemu selepas majlis selesai, saya perkenalkan ‘suami’ kepadanya dan dia percaya,” katanya.

Sepanjang pembabitan dalam arena seni suara, Noorshila yang mesra disapa ‘Mama’, memiliki empat album studio iaitu Kad Ucapanmu terbitan 1989; Rambu Ramba (1990), Ahai Usahlah (1991) dan album terakhir, Luahan Hati yang dilancarkan pada 2003.

Selain kad Ucapanmu, lagu yang menjadi siulan peminat adalah Aku Sudah Jatuh Hati, Rambu Ramba dan Beda Bedi Beda Bedu.

Keunikan lirik ditambah melodi yang mudah menangkap halwa telinga membuatkan lagu Noorshila mudah diterima ramai.

Mengimbau kenangan di studio rakaman, Noorshila berkata, ketika kali pertama diminta merakamkan lagu Aku Sudah Jatuh Hati, dia mula pelik dengan lirik diberi. Antara lain lirik itu menyebut ‘da da di di du di da da di’. Sekilas itu, Noorshila mempersoalkan lirik tulisan Allahyarham Juwie itu.

“Ketika mula-mula dapat lagu itu, spontan saya cakap, alamak! Lagu apa ni? Sudah tak cukup lirikkah? Kenapa liriknya macam lagu kanak-kanak?

“Pelbagai persoalan saya bangkitkan ketika itu. Tetapi, siapa sangka, lagu itu akhirnya menjadi siulan anak-anak muda ketika itu. Malah, masih didengari hingga hari ini.

“Saya masih ingat lagi, komposer lagu itu, iaitu Allahyarham A Ali minta saya nyanyi dalam nada ‘gedik’ sebab memang berkonsep seperti itu,” katanya ditemui pada sidang media Konsert Mega Hitz 3 Dekad Volume 1 di sebuah premis hiburan di ibu negara, baru-baru ini.

Berkongsi perkembangan terkini, penyanyi tinggi lampai dan berkulit hitam manis yang pernah menyertai musim keenam program realiti, Gegar Vaganza (GV6) ini meluahkan hasrat untuk menghasilkan single baharu.

“Saya ada perancangan untuk merakamkan single. Lagu itu bakal dicipta anak bongsu saya, Mohammad Banni Basyishar.

“Konsep muzik yang dipilih adalah City Pop iaitu sama dengan lagu berjudul Kupu-Kupu yang cukup popular ketika ini.

“Saya energetik dan suka menari. Hendak pilih lagu yang terlalu rancak tidak boleh sebab faktor usia. Jadi, lagu seperti ini sahaja yang sesuai.

“Disebabkan anak saya itu baru berkahwin, mungkin projek itu terpaksa ditangguhkan seketika,” katanya yang juga nenek kepada dua cucu ini.

Lagu kad Ucapanmu dendangan Norshila ciptaan A Ali dan lirik dihasilkan Datuk Habsah Hassan, menjadi finalis pada Anugerah Juara Lagu (AJL) 1989.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here