Pasir Mas: Kudapan rakyat kelantan yang dipanggil etok atau etak kini menjadi semakin popular dengan inovasi pelbagai perisa memberi kelainan kepada peminat etok.
Team imedikel tv berkesempatan membuat tinjauan dan menemu bual beberapa peniaga etok di pasir mas, baru-baru ini.
Sebelum ini, etok salai hanya bersalutkan rempah sahaja, tetapi diinovasi kepada perisa BBQ, tomyam, paprika, manis pedas dan lemak biasa.

Seorang peniaga etok Siti Sakirah Sahari, 34, dari kg Kasar berkata, perniagaan etok adalah jualan turun-temurun daripada ibunya sejak 7 tahun lalu.
Katanya proses menyalai etok mengambil masa kira-kira dua jam bagi mendapat rasa yang sedap.
“Mengambil masa lebih kurang dua jam macam tu la daripada mula -mula kita basuh dia lepas basuh kita perap awah apa semua kan lebih kurang dua jam la masa,”
Sebelum disalai, etok itu perlu diperap dengan perencahnya dahulu yang mana mengambil masa selama 45 minit.
Menurut sakirah kualiti etok itu berkekalan selama 12 jam bermula dari proses salainya.
Katanya, pelanggan lebih menggemari etok berperisa asli berbanding perisa baharu.
“Hak mana paling dapat sambutan ramai? Hak ni lah hak biasa.”
Bekalan etok yang diambil adalah sebanyak satu guni bersamaan 50 kilogram dan laris terjual dalam masa dua hari.

Seorang lagi peniaga etok dikenali sebagai kaksu, 42, berkata, etok yang dijual berperisa tomyam, manis pedas, bbq dan juga yang belum dimasak iaitu etok mentah.
Kaksu berkata sambutan pelanggan dari negeri luar juga tidak putus terutama ketika musim cuti sekolah.
“Ramai orang balik cuti kan memang la dia beli.
Seorang pelanggan zainora ramli, 32, dari kg tendong berkata setiap hari dia akan datang untuk membeli etok untuk anaknya yang juga penggemar kudapan tradisional itu.
“Mari beli sokmo la goni ni etok ni anak la berehi nya. Perisa biasa-biasa ho yang ori. Memang juga lah ada juga kadang-kadang abah dia mari beli kadang-kadang saya beli. Dia lemak manis hok ori tu hok sedap nya.”
Katanya, etok perisa asli mempunyai rasa lemak sangat dan kena dengan seleranya.
Julia Mohamad, 42, dari Pasir Mas, pula berkata, etok yang dijual dengan pelbagai perisa memukau seleranya sehingga sanggup datang membeli hampir setiap hari.
“Hari-hari etok favourite la sedap la etok dia pastu dia ada tiga etok dia dih ni tomyam, pedas manis pastu ni salai biasa lah jadi tiga-tiga ni memang sedap belaka tapi hok paling macam favourite kita gak macam pedas manis la. Dia ada rasa kan macam hok tu pun hok tu lemak gitu hok tu lemak gini memang sedap belaka tapi yang ni paling favourite lah.

Menurut Julia, etok pedas manis mempunyai kesedapannya yang tersendiri memandangkan dia juga seorang peminat rasa pedas.
Seorang lagi pelanggan, nik kasih zainuddin, 37, dari kg tal tujoh berkata dia boleh dikategorikan hantu etok kerana setiap hari sudah menjadi rutin wajib baginya membeli etok.
“Memang favourite la orang kata sekali beli nak sokmo ketagih biasa pagi sokmo hari ni tengahhari,”
“Kalau saya yang biasa yang tu yang biasa orang kata dia lagi lemak kalau campur macam tomyam ke pedas ke dia salut dah hanya di luar sahaja dalam tu sama.”
Rata-rata peniaga di gerai Etok di Kg Kasar menjual etok pada harga RM 7 satu “leng”.
Imedikel TV






