Home Buletin Semasa DEDAH ‘RC FLY’ PADA PELAJAR SEKOLAH

DEDAH ‘RC FLY’ PADA PELAJAR SEKOLAH

268
0

Pasir Putih: Lebih 100 peserta memeriahkan program pertunjukan pesawat kawalan jauh atau Remote Control Fly ‘RC Fly’ di Pasir Putih, yang membabitkan peserta dari seluruh malaysia

Pengerusi jawatankuasa penganjur RC Fly, Mohd Zamri Ibrahim, berkata program itu dianjurkan bagi memberi pendedahan terhadap murid-murid tentang penggunaan dron pada era globalisasi.

“Tujuan penganjuran ni sebenarnya disamping fun fly tapi kita juga mengadakan beberapa siri acara lain iaitu siri kursus ero modelling kepada murid-murid sekolah iaitu kita memperkenalkan ero modelling ni dari segi sistem dia dan juga macam mana cara nak membina satu unit ero modeling.”

Menurut zamri, penggunaan dron semakin meluas dalam segenap bidang terutama pertanian dan keselamatan.

“Macam pihak pdrm pun telah menggunakan dron dalam apa-apa operasi bomba juga menggunakan dron jadi itulah yang pentingnya kita mengadakan kursus sebagai exposure kepada anak-anak kita supaya bukan sahaja budak-budak kita ni boleh menguasai dari segi pengendalian dron tapi juga dari segi ni lah untuk baiki ke buat unit baru.”

Tambahnya, pesawat berkenaan boleh dikawal dengan alat kawalan atau boleh terbang menggunakan perisian kawalan terbang yang dipasang di dalamnya.

Zamri berkata, untuk penganjuran kali ini, antara kategori yang dipersembahkan termasuk rc plane, jet turbine, rc helicopter, drone dan rc aeroplane diy.

Seorang peserta dari Johor, Mashuri Hasyim, 64, berkata kedatangannya adalah untuk memeriahkan suasana dan mengeratkan silaturahim bersama rakan-rakan ‘RC Fly’ seluruh malaysia.

“Hari ni kami kategori terbuka semua ada, kami ada diy dan kami ada yang dibeli daripada kilang dan kebanyakan dibeli daripada diy lah ada kapal besar yang kami terbangkan tadi ialah diy yang telah dibuat selama enam bulan dengan kos yang agak tinggi lah dengan motor 130 sisi.”

Mashuri berkata dia mempunyai hobi dan minat dalam bidang ini 10 tahun lalu, malah dia telah memperuntukkan separuh pendapatannya untuk hobi berkenaan.

Azlan mukhtarizan, 41, juga dari johor berkata penerbangannya dalam bidang rc helikopter adalah fokus kepada penerbangan robotik.

“Untuk RC helicopter ini dia perlukan sistem elektronik yang agak kritikal lah yang agak kita boleh katakan in term of performers in term of reliability in term of speeds benda tu dia penting sebab kita nak terbang robotik.”

Azlan berkata penerbangan robotik memerlukan ketetapan pantas untuk bergerak laju dan sistematik.

Katanya dia telah menceburi bidang penerbangan itu selama enam tahun.

Manakala peserta dari Kelantan, Imran Rosdi, 28, berkata dia mengendali RC helikopter pada acara tersebut.

Menurut Imran proses untuk RC terbang dan landing bergantung kepada arah angin bagi melancarkan proses naik dan turun.

“Jatuh dia ada mungkin kesilapan teknikal daripada pilot itu sendiri atau pun kapal itu sendiri ada masalah teknikal tapi disebabkan safety kita dah jarakkan daripada penonoton walaupun dia jatuh kapal atau heli itu tak akan datang kepada penonton.”

Katanya penonton perlu berada pada jarak 30 meter dari tempat lapangan bagi mengelakkan sebarang kemungkinan berlaku.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here