Home Buletin Semasa POLIS SAHKAN DUA LELAKI MAUT TERTIMBUS TANAH RUNTUH KETIKA LOMBONG EMAS HARAM

POLIS SAHKAN DUA LELAKI MAUT TERTIMBUS TANAH RUNTUH KETIKA LOMBONG EMAS HARAM

95
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

JELI: Polis mengesahkan dua lelaki tempatan dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh ketika menjalankan aktiviti melombong emas secara haram di kawasan ladang sawit Kampung Jerimbong, Kuala Balah di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Jeli, Superitendan Kamarulzaman Harun berkata, pihak polis menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira jam 6.30 petang.

“Operasi menyelamat dijalankan dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Jeli bagi mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tertimbus di lokasi kejadian.

“Operasi menyelamat mengambil masa kira-kira dua jam sebelum kedua-dua mangsa berjaya dikeluarkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata hasil siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa yang berusia 32 dan 38 tahun itu menjalankan aktiviti melombong emas di kawasan berkenaan tanpa sebarang lesen sah.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Jeli untuk tujuan bedah siasat yang dijadual dijalankan pada jam 10 pagi tadi.

“Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan siasatan dijalankan di bawah laporan SDR,”katanya.

Sehubungan itu, Kamarulzaman menasihatkan orang ramai supaya tidak menjalankan sebarang aktiviti perlombongan haram kerana ia bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah berisiko tinggi terhadap keselamatan.

“Sebarang tindakan undang-undang boleh diambil terhadap individu yang terbabit dalam aktiviti tersebut,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here