Home Sukan DUA KEJOHANAN POLO KEMUNCAK SAMBUTAN 100 TAHUN KELAB POLO DIRAJA PAHANG

DUA KEJOHANAN POLO KEMUNCAK SAMBUTAN 100 TAHUN KELAB POLO DIRAJA PAHANG

39
0

Oleh: Rahimi Hashim@IMedikel TV

KUANTAN: Kejohanan polo Royal Pahang Classic Centenary Cup dan Tengku Ampuan Patron’s Cup menjadi acara kemuncak pada sambutan ulang tahun ke-100 penubuhan Kelab Polo Diraja Pahang (RPPC).

Dua kejohanan berkenaan akan diadakan di padang polo RPPC, Pekan bermula 7 hingga 26 September depan dengan penyertaan 18 pasukan tempatan dan antarabangsa.

Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral, Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Sultan Abdullah berkata, kejohanan tersebut akan menghimpunkan pasukan polo tempatan dan antarabangsa, sekali gus memeriahkan sambutan bersejarah kelab yang telah mencapai usia satu abad.

Menurutnya, sebanyak lapan pasukan dijangka mengambil bahagian dalam Royal Pahang Classic Centenary Cup, sementara antara lapan hingga 10 pasukan akan bersaing dalam Tengku Ampuan Patron’s Cup.

“Perlawanan peringkat awal dijadual bermula pada 7 September di Pekan sebelum kejohanan utama berlangsung pada 25 dan 26 September depan.

“Sempena sambutan 100 tahun penubuhan RPPC turut diadakan pameran khas yang memaparkan sejarah dan warisan kelab menerusi koleksi gambar arkib serta artifak bersejarah yang menceritakan perkembangan sukan polo di Pahang sepanjang satu abad,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan pelancaran sambutan ulang tahun ke-100 RPPC yang berlangsung di East Coast Mall, di sini kelmarin.

Turut hadir Tengku Panglima Perang, Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Al-Sultan Abdullah dan Che Puan Panglima Puteri, Suraiya Afzan Dato’ Indera Mohamed Moiz.

Kejohanan berkenaan dijangka mampu menarik kehadiran peminat sukan berkenaan untuk datang menyaksikan aksi menarik pemain dan kebolehan kuda.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here