Home Segmen Kesihatan BETULKAN POSTUR BADAN ANDA SEKARANG

BETULKAN POSTUR BADAN ANDA SEKARANG

133
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

Badan lebih berisiko mengalami sakit otot dan sakit belakang sekiranya postur badan tidak berada dalam keadaan yang betul.

Lebih-lebih lagi, ramai yang bekerja sepenuh masa di hadapan skrin komputer dan kurang bergerak daripada tempat duduk.

Untuk mendapatkan postur badan yang sihat dan betul, anda perlu melatih diri untuk duduk, berdiri dan berbaring dengan betul supaya otot atau ligamen badan tidak terbeban.

Antara langkah mudah untuk mendapatkan langkah yang betul yang boleh dilakukan ketika duduk ialah:

  1. Pastikan belakang badan mempunyai sokongan: anda disarankan untuk meletakkan bantal kecil di belakang badan. Ia dapat membantu anda mengekalkan postur duduk yang baik ketika bekerja. Walau bagaimanapun, jika ia terlalu besar, bantal itu mungkin akan menyebabkan sakit belakang yang lebih serius.
  • Betulkan kerusi supaya boleh duduk dengan betul: jika kerusi anda boleh diselaraskan, cuba betulkan ketinggian kerusi tersebut manakala kaki anda hendaklah menjejak lantai. Selain itu, pastikan tangan anda berada dalam bentuk L. Elakkan bekerja dengan keadaan tangan yang terlalu jauh daripada badan untuk mengelakkan tekanan yang berlebihan pada otot di bahagian bahu.
  • Letakkan kaki di atas lantai: tapak kaki anda sepatutnya terletak rata pada lantai. Selain itu, pastikan lutut anda boleh membengkok dalam keadaan 90 darjah. Jika tidak, anda perlu selaraskan kerusi ataupun cari kerusi lain yang lebih sesuai dengan ketinggian anda.
  • Cara duduk yang betul: pastikan skrin komputer sama paras dengan mata bagi mengelakkan leher terasa sakit.
  • Jangan lupa rehat secukupnya: jika anda bekerja di hadapan komputer untuk jangka masa yang lama, jangan lupa untuk tukar postur badan sekerap mungkin. Rehat sebentar untuk pastikan belakang badan dan otot anda tidak ‘overwork’. Selain itu, cuba berdiri dan lakukan regangan untuk elakkan diri anda daripada duduk terlalu lama.

Selain itu, postur tubuh yang baik juga dapat membolehkan otot digunakan dengan lebih efisien selain memastikan sendi tulang belakang berada di tempat yang betul.

Oleh itu, sayangilah diri anda.

Mulai hari ini, kita cuba amalkan cara duduk dengan betul dan mengamalkan postur badan yang sihat ketika bekerja.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here