Home Sukan CITY PILIHAN JUARA, LIVERPOOL DAN ARSENAL TERUSKAN BERMIMPI

CITY PILIHAN JUARA, LIVERPOOL DAN ARSENAL TERUSKAN BERMIMPI

261
0

MANCHESTER: Manchester City muncul pilihan untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas Liverpool dan Arsenal tewas mengejut, semalam.

Rekod tanpa kalah Arsenal pada 2024 berakhir selepas mereka tumbang 0-2 di tangan Aston Villa di Emirates manakala Liverpool diaibkan Crystal Palace 0-1 di Anfield.

City pula mudah membelasah Luton 5-1 untuk berkelebihan dua mata selaku pendahulu ketika saingan berbaki enam perlawanan lagi.

AFP menyenaraikan peluang ketiga-tiga pasukan dan baki perlawanan mereka bagi musim ini.

Pep Guardiola menikmati minggu sempurna meskipun City merehatkan beberapa pemain tonggaknya ketika menentang Luton seperti Rodri, Phil Foden dan Bernardo Silva.

Mereka perlu berusaha keras dalam misi mempertahankan EPL, Liga Juara-Juara dan juga Piala FA.

Namun City sudahpun membuktikan kemampuan mereka pada musim lalu dan kini dijangka mampu mengekalkan penguasaan liga dengan baki enam perlawanan yang bakal dihadapi.

Baki perlawanan City:

Brighton (A)

Nottingham Forest (A)

Wolves (H)

Fulham (A)

Tottenham (A)

West Ham (H)

Mikel Arteta mencabar Arsenal untuk membuktikan mereka pasukan yang berbeza berbanding musim lalu dan perlu bangkit daripada kekalahan mengejut.

Kunjungan ke Villa Park Disember lalu jelas memberikan cabaran hebat kepada mereka dan Unai Emery sekali lagi menghadiahkan kekecewaan kepada Arsenal di Emirates semalam.

Mereka masih boleh keciciran mata pada musim ini memandangkan mereka masih perlu berdepan seteru tetangga, Tottenham dan Manchester United.

Baki aksi Arsenal:

Wolves (A)

Chelsea (H)

Tottenham (A)

Bournemouth (H)

Manchester United (A)

Everton (H)

Jurgen Klopp berpotensi menamatkan musim terakhirnya dengan derita selepas tumbang dua aksi berturut-turut di laman sendiri.

Kebangkitan diharapkan selepas mereka dibelasah Atalanta 0-3 pada suku akhir pertama Liga Europa gagal diperagakan apabila mereka tewas mengejut 0-1 di tangan Crystal Palace.

Tiga aksi berturut-turut di tempat lawan menanti ‘The Reds’ dan seteru tetangga, Everton mengintai peluang merosakkan parti perpisahan Klopp.

Baki aksi Liverpool:

Fulham (A)

Everton (A)

West Ham (A)

Tottenham (H)

Aston Villa (A)

Wolves (H)

* H – Gelanggang sendiri

* A – Gelanggang lawan

– AFP,BH Online –

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here