GIRONA, Sepanyol: Jude Bellingham menjaringkan satu gol dan membantu satu lagi untuk kemenangan 3-0 Real Madrid ke atas Girona yang melonjak mereka ke puncak La Liga.
Pemain tengah England itu direhatkan untuk perlawanan ketujuh Madrid musim ini dan tidak memainkan peranan dalam kemenangan ke atas Las Palmas.
-Memetik laporan agensi menerusi berita harian-
Bagaimanapun dia bermula cemerlang dengan melakukan umpanan gol ke atas Girona pada babak pertama dan menemui sasaran di babak kedua.
Kemenangan Madrid dicemari layangan kad merah ke atas Nacho yang mengasari pemain gantian Girona, Portu
Bellingham membuat hantaran untuk gol pertama jaringan Joselu pada minit ke-17, dan Aurelien Tchouameni menggandakan kedudukan empat minit kemudian. Bellingham melengkapkan kemenangan Madrid pada minit ke-71.
Bellingham kini sudah meledak tujuh gol dalam lapan perlawanan untuk Madrid.
Keputusan 3-0 di tempat lawan cukup bermakna buat skuad kendalian Carlo Ancelotti selepas tewas kepada Atletico dalam aksi tetangga Madrid hujung minggu lalu. – AGENSI
Imedikel TV






