KOTA BHARU: Kekurangan fizikal tidak menghalang 300 orang kurang upaya (OKU) menyertai program berjalan amal sejauh tiga kilometer,semalam.
Larian membabitkan peserta pekak, bisu dan berkerusi roda di laluan sekitar Lembah Sireh, Kota Bharu sempena Walk For Fund anjuran Persatuan Orang Pekak Kelantan (POPK).
-memetik laporan dari hmetro online-
Pengarah program, Noor Haseken P Rameli berkata, peserta juga membabitkan OKU dari Singapura, Labuan, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor serta Pahang dan program itu dianjurkan mengisi tabung komuniti pekak di negeri ini yang kini mempunyai keahlian 700 orang berusia 15 tahun dan ke atas.
“Kita teruja dengan penyertaan seramai ini memandangkan ini program julung kali diadakan dan ketika negeri sudah memasuki musim tengkujuh,” katanya ketika ditemui dalam program itu yang mendapat kerjasama Imedikel Farmasi Sdn Bhd, Aeonmall dan SUK Negeri Kelantan.
Peserta, Fatimah Daud, 56 berkata walaupun dia OKU fizikal iaitu kudung tangan dan kaki sejak lahir, tidak menghalangnya untuk aktif dalam bersukan, malah dia pernah mewakili negara dalam sukan para boling padang peringkat Asean pada tahun 2001
“Kami harapkan lebih banyak aktiviti komuniti membabitkan golongan OKU termasuk dalam aktiviti sukan,” katanya.
Bagi Napisah Salleh, 47 dia teruja mahu menyertai aktiviti berjalan amal itu walaupun berkerusi roda.
“Ini kali pertama saya sertai sukan sebegini, rasa seronok dapat jumpa ramai kenalan sambil bersukan,” katanya yang tinggal di Jelawat, Bachok.
Imedikel TV






