Home Segmen Kesihatan BAWA UBAT SECUKUPNYA KE PPS

BAWA UBAT SECUKUPNYA KE PPS

131
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

Musim banjir di beberapa negeri sudah tiba dan sudah tentu ada dalam kalangan mereka adalah mangsa banjir yang perlu dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Di musim banjir ini, eloklah ada dalam kalangan keluarga yang membawa ubat yang secukupnya ke PPS.

Sudah tentu ramai yang mempunyai masalah sakit kepala kerana tidak tidur atau kurang tidur disebabkan tempat yang agak ramai.

Bagi mangsa yang mempunyai penyakit yang sudah disahkan doktor dan memerlukan mengambil ubat tepat pada masanya seperti penyakit kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, malah pesakit Chronic Myelogenous Leukemia (CML), jangan sesekali terlupa untuk mengambil ubat.

Bukan itu sahaja, kemungkinan ada juga warga emas yang mempunyai pelbagai masalah penyakit, juga ibu mengandung, atau ibu berpantang dan juga bayi.

Sediakan ubat secukupnya untuk mengelakkan daripada sebarang kemungkinan yang tidak diingini.

Pesanan khidmat masyarakat ini khas kepada pembaca IMedikel TV.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here