Home Segmen Kesihatan KERACUNAN MAKANAN KETIKA MUSIM BANJIR

KERACUNAN MAKANAN KETIKA MUSIM BANJIR

226
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

Keracunan makanan adalah salah satu penyakit bawaan air dan makanan yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman tercemar.

Antara tanda dan gejala seseorang keracunan makanan adalah sakit perut, cirit birit, loya atau muntah, sakit kepala dan pening kepala.

Bagi mereka yang terkena keracunan makanan ketika musim banjir khususnya, anda perlu membuat beberapa pencegahan untuk mengelakkan daripada terkena penyakit itu. Antaranya termasuk:

  1. Cuci tangan dengan sabun sebelum menyediakan makanan.
  2. Pilih gerai yang bersih.
  3. Guna tandas dengan sempurna.
  4. Tutup semua makanan.
  5. Elak makanan laut mentah.
  6. Elak makanan laut/mentah tidak bercelur.
  7. Bersihkan persekitaran dapur.

Untuk itu, bagi anda yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau yang masih kekal di rumah masing-masing, pastikan anda mengikuti langkah pencegahan tersebut.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here