Home Hiburan BAPA AZRUL ZAIDI KINI KRITIKAL AKIBAT PENDARAHAN DALAM KEPALA

BAPA AZRUL ZAIDI KINI KRITIKAL AKIBAT PENDARAHAN DALAM KEPALA

137
0

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak Azrul Zaidi, 50, berkongsi berita sedih bapanya, Jamaluddin Mahmud, 75, kini bertarung nyawa selepas dimasukkan ke Hospital Kulim, Kedah, disebabkan ada pendarahan dalam kepala.

Azrul atau nama sebenarnya Asrul Zaidi Jamaluddin berkata, bapanya yang dimasukkan ke hospital semalam, kini dalam keadaan kritikal dan ditidurkan sementara untuk doktor memeriksa lanjut keadaannya.

“Kelmarin, dia (bapa) mengadu sakit dada sebelum tidur. Bila bangun, tiba-tiba dia tiada maklum balas, tak dapat bercakap dan mukanya agak senget. Menurut doktor, dia ada pendarahan baharu di sebelah kanan kepala.

“Bapa saya memang pernah diserang strok ringan dua tahun lalu kemudian sudah pulih. Dia pun tiada penyakit kronik seperti jantung dan kejadian baru-baru ini memang berlaku tiba-tiba,” katanya.

Azrul berkata doktor memberi pilihan sama ada untuk melakukan pembedahan atau tidak bagi mengeluarkan pendarahan dialam kepala itu. 

“Bedah atau tidak, doktor cakap kesannya sama saja. Kalau bedah, penjagaan lebih rapi perlu dibuat selepas prosedur itu untuk elakkan daripada jangkitan atau komplikasi lain.

“Buat masa ini, kami tidak mahu pembedahan dilakukan dan melihat perkembangannya dengan pemantauan doktor serta pemberian ubat-ubatan,” katanya.

Azrul dan keluarga juga dinasihatkan doktor untuk bersedia dengan sebarang kemungkinan kerana pada usia itu, hakikatnya bapanya pun sudah tidak kuat.

“Kami sangat berharap akan ada perkembangan baiklah. Namun, pada masa sama reda dengan ketentuan,” katanya. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here