Home Luar Negara BATERI LITIUM MELETUP DIGIGIT REMAJA

BATERI LITIUM MELETUP DIGIGIT REMAJA

221
0

NEW DELHI: Seorang remaja lelaki cedera selepas bateri litium meletup ketika dia menggigitnya di sebuah kedai telefon bimbit di India.

Memetik laporan MS News, kejadian mengejutkan itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dan tular secara meluas di internet selepas dikongsi pengguna X pada 6 Februari lalu.

Memetik laporan Agensi menerusi Harian Metro, dalam video itu kelihatan remaja terbabit berdiri di hadapan kaunter sambil memegang bateri litium dan kemudian membawanya ke mulut serta mula menggigitnya.

Secara tidak semena berlaku letupan dan dia dilihat mencampakkan bateri itu ke arah kaunter, menyebabkan kakitangan melarikan diri dalam keadaan panik.

Seorang kakitangan kemudian segera mengambil bateri yang sedang terbakar itu dan membuangnya ke luar.

Bagaimanapun tidak jelas bila dan di mana kejadian berlaku, manakala remaja terbabit dibawa ke hospital untuk rawatan.

Menurut media tempatan, kejadian itu berkemungkinan berpunca daripada tekanan gigi remaja berkenaan yang menebuk lapisan luar bateri.

Keadaan mencetuskan tindak balas kimia dikenali sebagai ‘thermal runaway’ yang menyebabkan bateri marak terbakar.

Pakar turut berpandangan, bateri yang rosak atau membengkak sangat tidak stabil dan boleh meletup jika lapisan dalamannya ditembusi atau dimampatkan. – AGENSI, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here