Home Luar Negara BANJIR DAN HUJAN LEBAT DI PAKISTAN RAGUT 45 NYAWA

BANJIR DAN HUJAN LEBAT DI PAKISTAN RAGUT 45 NYAWA

251
0

ISLAMABAD: Hujan lebat dan banjir kilat yang melanda seluruh Pakistan kembali meragut nyawa apabila seramai 45 nyawa terbunuh sejak bermulanya musim monsun, kata pegawai pengurusan bencana, semalam.

Memetik laporan AFP menerusi Berita Harian, jumlah kematian tertinggi dicatatkan di wilayah Khyber Pakhtunkhwa yang bersempadan dengan Afghanistan, dengan 21 orang termasuk 10 kanak-kanak menjadi korban.

Pihak berkuasa pengurusan bencana, berkata 14 mangsa maut di Lembah Swat, malah media melaporkan satu keluarga yang berada di tebing sungai dihanyutkan banjir kilat.

Di wilayah Punjab, yang paling padat penduduk dan terletak di sempadan dengan India, sebanyak 13 kematian direkodkan sejak Rabu lalu.

Lapan daripada mangsa adalah kanak-kanak yang meninggal dunia apabila dinding atau bumbung rumah mereka runtuh akibat hujan lebat, manakala orang dewasa mati lemas.

Sebanyak 11 lagi kematian yang berkaitan kejadian alam itu direkodkan di wilayah Sindh dan Balochistan.

Perkhidmatan meteorologi negara sebelum ini memberi amaran risiko hujan lebat dan kemungkinan banjir kilat akan kekal meningkat sehingga Sabtu.

Bulan lalu, hampir 32 orang maut akibat ribut kuat di negara Asia Selatan, yang turut mengalami beberapa kejadian cuaca ekstrem pada musim bunga, termasuk ribut hujan batu yang kuat.

Pakistan yang mempunyai kepadatan 240 juta orang menjadi antara negara paling terdedah di dunia terhadap kesan perubahan iklim. – AFP, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here