Home Buletin Semasa “JANGAN SEBAB KITA PERNAH KENA BULI, KITA PULA JADI PEMBULI” – ASYRAF...

“JANGAN SEBAB KITA PERNAH KENA BULI, KITA PULA JADI PEMBULI” – ASYRAF WAJDI

434
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: “Dia dah pernah kena buli, jadi dia nak kenakan kepada junior juga, sebab itu budaya buli ini perlu hentikan,” kata Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata, budaya buli perlu dihentikan sehingga ke akar umbi agar tidak diwarisi oleh mana-mana pelajar.

“Janganlah sebab senior dulu pernah buli kita, kita hendak buat kepada adik-adik kita, dulu kita pernah kena, sekarang kita hendak “payback time”.

“Tiada istilah “payback time” kita nak buang budaya buli ini, sifar buli barula MRSM Besut dan semua MRSM akan kembali cemerlang dan gemilang.

Saya amat kecewa dan dukacita apabila mendengar ada insiden buli di maktab ini, ini bukan budaya kita, ini bukan DNA MRSM,” katanya menerusi laman sosial Facebook, hari ini.

Jelasnya, beliau terkilan apabila melihat pelajar terbabit berpakaian lokap, dan berharap insiden itu menjadi pengajaran yang mendalam buat semua pelajar terutama institusi pendidikan di bawah MRSM agar menjauhi budaya buli dalam kehidupan

“MRSM bukan sekadar tempat menimba ilmu, tetapi medan pembentukan akhlak, jati diri dan kepimpinan masa depan negara.

“Kita tidak boleh membenarkan dengan satu insiden mencemar keseluruhan institusi yang menjadi medan melahirkan kepimpinan masa hadapan negara,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan seorang pelajar Tingkatan Dua sebuah MRSM di Besut mendakwa dibuli sekumpulan pelajar senior di asrama putera pada malam Selasa lalu sehingga mengalami kecederaan di perut, rusuk dan belakang badan.

Enam pelajar tersebut sudah diarahkan dibuang dari institusi berkenaan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here