Home Segmen Kesihatan JANGAN TUNGGU SAKIT BARU PERIKSA – PEMERIKSAAN KESIHATAN WANITA BOLEH SELAMATKAN NYAWA

JANGAN TUNGGU SAKIT BARU PERIKSA – PEMERIKSAAN KESIHATAN WANITA BOLEH SELAMATKAN NYAWA

369
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

Pemeriksaan kesihatan berkala bagi wanita perlu dijadikan amalan penting, bukan hanya dilakukan apabila sudah bergejala atau sakit.

Menurut perkongsian Public Health Malaysia, ramai wanita masih kurang jelas mengenai jenis pemeriksaan kesihatan yang perlu dilakukan, bila waktu sesuai untuk menjalani saringan serta keperluan sebenar di sebalik ujian seperti Pap Smear, Mammogram dan Ultrasound pelvis.

Antara ujian yang disarankan termasuk:

a) Pap Smear – penting bagi mengesan awal kanser serviks, khususnya bagi wanita yang sudah berkahwin atau aktif secara seksual.

b) Mammogram – ujian utama untuk mengenal pasti tanda awal kanser payudara.

c) Pemeriksaan Payudara Sendiri (BSE) – perlu dilakukan setiap bulan, dan boleh membantu mengesan ketulan atau perubahan pada payudara.

d)Ultrasound Transvaginal – digalakkan jika mengalami gejala seperti sakit perut berpanjangan atau haid tidak teratur.

e)Ujian Tiroid – penting jika mengalami simptom seperti jantung berdebar, keletihan melampau, atau tangan menggigil.

Public Health Malaysia turut menekankan bahawa pemeriksaan itu boleh dibuat di klinik kesihatan kerajaan (KK) atau hospital kerajaan. Bagi ujian Mammogram, wanita boleh menyemak kelayakan mereka untuk mendapatkan subsidi melalui program MammoScan anjuran LPPKN yang dilaksanakan di hospital swasta panel terpilih.

Kesedaran dan pencegahan awal menjadi kunci utama dalam menjaga kesihatan wanita.

Sayangi tubuh anda. Jangan tunggu sakit baru bertindak. IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here