Home Luar Negara BANGLADESH TUTUP SEKOLAH, POTONG BEKALAN ELEKTRIK AKIBAT GELOMBANG HABA

BANGLADESH TUTUP SEKOLAH, POTONG BEKALAN ELEKTRIK AKIBAT GELOMBANG HABA

110
0

Dhaka, BANGLADESH: Gelombang panas berterusan menyebabkan kerajaan Bangladesh terpaksa menutup puluhan ribu sekolah, termasuk pemotongan bekalan elektrik secara meluas yang terus menambah kesengsaraan penduduk tempatan.

Suhu di Dhaka, ibu kota negara Asia Selatan itu melonjak kepada sekitar 40 darjah Celsius.

Keadaan itu ditambah dengan bekalan elektrik yang kerap terputus menyebabkan penduduk kepanasan, manakala pihak berkuasa turut memberi amaran bahawa bantuan tidak dapat diberikan ketika ini.

“Kami tidak pernah melihat gelombang haba yang berpanjangan sejak kemerdekaan Bangladesh pada 1971,” kata Bazlur Rashid, seorang pegawai kanan di Jabatan Meteorologi Bangladesh.

Isnin lalu, negara itu terpaksa menggantung operasi di loji jana kuasa terbesarnya kerana kerajaan tidak mampu membeli arang batu untuk bahan bakarnya.

Mata wang taka Bangladesh juga menyusut kira-kira 25 peratus, berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) tahun lalu, memacu kos import bahan api dan utiliti kuasa.

Loji lain juga gagal memenuhi permintaan, menyebabkan pemadaman bekalan elektrik selama berjam-jam.

Suri rumah, Tania Akhter berkata, anak bongsunya sedang berehat di rumah dengan kelas dibatalkan, tetapi anak perempuannya yang berusia 12 tahun masih bersekolah.

“Kelas-kelas itu juga perlu ditutup kerana pelajar sangat menderita dalam keadaan cuaca panas ini, mereka jatuh sakit,” kata Akhter.

Gelombang haba bermula pada bulan April dan berlaku pada awal Mei sebelum reda. Ia kemudian berlaku lewat bulan lalu.

“Setiap musim panas Bangladesh menyaksikan gelombang haba, tetapi gelombang haba tahun ini adalah luar biasa.

“Pada masa lalu, gelombang haba hanya akan berterusan selama beberapa hari atau seminggu, tetapi tahun ini ia berterusan selama dua minggu dan lebih,” kata Rashid kepada AFP.

Satu kajian bulan lalu oleh kumpulan Atribusi Cuaca Dunia mendapati bahawa perubahan iklim mencipta gelombang panas yang boleh memecah rekod di Bangladesh serta India, Laos dan Thailand iaitu sekurang-kurangnya 30 kali ganda lebih berkemungkinan.

Sumber BH Online & AGENSI

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here