Home Luar Negara ARAB SAUDI AGIH 2.5 JUTA NASKHAH AL-QURAN KEPADA JEMAAH HAJI SEBAGAI HADIAH...

ARAB SAUDI AGIH 2.5 JUTA NASKHAH AL-QURAN KEPADA JEMAAH HAJI SEBAGAI HADIAH PERPISAHAN

486
0

RIYADH: Kerajaan Arab Saudi mengagihkan lebih 2.5 juta naskhah al-Quran kepada jemaah haji sebagai hadiah perpisahan daripada Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman Abdulaziz Al Saud.

Memetik laporan AGENSI menerusi Harian Metro pengagihan dilakukan Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi yang memulakan inisiatif itu dengan tujuan menyantuni jemaah sebelum mereka pulang ke negara masing-masing.

Gulf News melaporkan, sebanyak 2,521,380 naskhah al-Quran dicetak oleh Kompleks Raja Fahd bagi Percetakan al-Quran di Madinah dalam pelbagai saiz dan dilengkapi terjemahan maksud dalam pelbagai bahasa antarabangsa.

Langkah itu bagi memastikan hadiah suci ini sampai kepada jemaah dari seluruh pelusuk dunia, tanpa mengira bangsa atau latar belakang.

Menurut Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi, inisiatif itu mencerminkan komitmen mendalam Kerajaan Arab Saudi dalam memartabatkan Islam dan kitab sucinya, selain menghargai kehadiran jemaah sebagai tetamu Allah SWT.

Ia juga melambangkan layanan menyeluruh yang diberikan kepada jemaah, bermula dari saat mereka menjejakkan kaki ke tanah suci sehingga kembali ke tanah air.

Amalan murni itu turut selaras dengan misi Arab Saudi yang sentiasa berusaha memberikan khidmat terbaik buat dhuyufurrahman. – AGENSI, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here