Hamilton (Kanada): Pesawat pejuang Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan udara atas alasan mempertahankan diri terhadap tapak pelancaran peluru berpandu Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) di Pulau Qeshm, Iran pada Selasa, lapor Anadolu Ajansi yang memetik laporan media AS.
Memetik laporan Bernama menerusi Harian Metro, Dua pegawai tentera AS mengesahkan serangan itu kepada Fox News.
“Awal hari ini, pesawat pejuang AS menggunakan peluru berpandu berketepatan tinggi untuk menyerang tapak pelancaran peluru berpandu IRGC di Pulau Qeshm sebagai langkah mempertahankan diri.
“Serangan itu dilancarkan sebagai tindak balas terhadap tindakan agresif IRGC yang menyasarkan anggota dan aset AS.
“Markas Pemerintahan Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) kekal berwaspada dan bersiap siaga sepenuhnya untuk melindungi rakyat Amerika di seluruh rantau ini,” kata seorang pegawai dalam satu kenyataan.
AS dan Israel melancarkan perang terhadap Iran pada 28 Feb lalu, dengan Tehran bertindak balas menerusi serangan terhadap Israel serta kemudahan ketenteraan AS di negara-negara Arab. – BERNAMA, HMetro –
IMedikelTV






