Home Buletin Semasa ANGGOTA POLIS DITEMPATKAN DI STESEN MINYAK

ANGGOTA POLIS DITEMPATKAN DI STESEN MINYAK

121
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA KINABALU: Kerajaan bersetuju menempatkan anggota polis di stesen minyak berhampiran sempadan dan kawasan berisiko tinggi bagi membanteras isu ketirisan serta penyeludupan bahan api susulan krisis tenaga global.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ia bagi memperkukuh pemantauan dan penguatkuasaan di lokasi berisiko tinggi.

“Kita mempersetujui untuk menempatkan anggota polis di stesen minyak sebagai tambahan kepada penempatan statik para penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sebelum ini.

”Langkah itu diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri 8 April lalu, sebagai peluasan kepada penempatan statik penguat kuasa KPDN yang dilaksanakan sejak 20 Mac lalu,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata, pada fasa pertama bermula 20 Mac hingga 10 April, penguatkuasa KPDN ditempatkan di 87 stesen minyak manakala bagi fasa kedua yang bermula minggu depan akan melibatkan tambahan 70 stesen dengan penyertaan anggota polis.

Katanya, ia tertumpu kepada stesen minyak berhampiran sempadan negara serta premis yang menunjukkan peningkatan jualan luar biasa berdasarkan laporan harian.

Armizan turut memaklumkan, pihaknya juga merancang untuk melibatkan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dalam inisiatif berkenaan.

“Saya telah berbincang dengan Menteri Dalam Negeri untuk mempertimbangkan keperluan penglibatan sukarelawan Rela dalam proses pemantauan secara statik di stesen-stesen minyak ini,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here