Home Sukan GOL MARTINEZ SELAMATKAN INTER DI SOCIEDAD

GOL MARTINEZ SELAMATKAN INTER DI SOCIEDAD

284
0

SAN SEBASTIAN, Sepanyol: Lautaro Martinez meledak gol lewat permainan untuk membantu naib juara Liga Juara-Juara musim lalu, Inter Milan seri 1-1 di Real Sociedad awal pagi tadi, menafikan kelab Sepanyol itu kemenangan sekembalinya mereka ke pertandingan itu selepas sedekad.

Gol awal Brais Mendez pada minit keempat memisahkan kedua-dua pasukan di Stadium Reale Arena tetapi tuan rumah harus menyalahkan diri sendiri kerana gagal menyudahkan deretan peluang dalam perlawanan tegang yang menyaksikan pasukan kendalian Simone Inzaghi bergelut tetapi tidak tewas.

Persembahan kelab Basque itu lebih terpuji memandangkan Inter menang besar 5-1 ke atas jiran tetangga AC Milan Sabtu lalu yang membolehkan mereka kekal menghuni tangga teratas Serie A.

Hanya penamat tenang Martinez pada minit ke-87 menyelamatkan kelab gergasi Itali itu daripada kejutan pada permulaan kempen mereka dalam Liga Juara-Juara.

“Saya tidak berpuas hati kerana kami tidak bermain seperti dirancang,” kata Martinez kepada Amazon Prime TV.

-Memetik laporan menerusi agensi berita harian-

Penyerang Inter Milan, Lautaro Martinez (kiri) mengatasi penjaga gol Real Sociedad, Alex Remiro untuk menjaringkan gol penyamaan pada aksi Liga Juara-Juara di Stadium Reale Arena, San Sebastian awal pagi tadi. – Foto REUTERS

“Kami mengharungi banyak masalah pada babak pertama kerana kami berdepan pasukan yang menekan kami secara bertali arus dan kami sukar untuk menggerakkan serangan dari bawah.

“Kami tidak bermain dengan bagus tetapi penting untuk sekurang-kurangnya mengelakkan kekalahan kerana kumpulan ini akan menjadi lebih rumit,” kata kapten Inter dari Argentina itu.

Di sebalik menguasai permainan, Real Sociedad akhirnya dibolosi apabila Martinez merembat masuk hantaran jauh pemain gantian Davide Frattesi.

“Kami berdepan pasukan yang amat kuat malam ini, kami sedar mengenainya dan kami bertindak baik untuk kekal bersaing dalam perlawanan ini walaupun beraksi buruk jadi terima kasih kepada penjaga gol kami,” akui Inzaghi. – AFP

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here