Home Buletin Semasa TINDAKAN PENGUATKUASAAN DAN PERUNDANGAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG KESIHATAN AWAM – KKM

TINDAKAN PENGUATKUASAAN DAN PERUNDANGAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG KESIHATAN AWAM – KKM

391
0

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui tindakan penguatkuasaan Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004, sebanyak 4,884 kompaun telah ditawarkan dengan nilai tawaran berjumlah kira-kira RM1.2 juta.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan dalam satu kenyataan media, berkata KKM sentiasa berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan untuk kesejahteraan penduduk Malaysia.

“Daripada 22,204 premis dilawati, sejumlah 9,230 notis kesalahan dikeluarkan.

“Usaha itu juga termasuk mengambil tindakan penguatkuasaan undang-undang kesihatan demi kepentingan kesihatan awam,”katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, tindakan penguatkuasan Undang-undang Kesihatan Awam bagi bulan Ogos membabitkan beberapa akta.

Katanya melalui tindakan penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 bagi tujuan pencegahan dan kawalan penyakit demam denggi, sejumlah 3,188 tawaran kompaun bernilai RM1.594 juta telah dikeluarkan dengan purata RM500 bagi setiap kompaun.

“Sejumlah 536 kes telah didaftar untuk tindakan mahkamah dan dalam amsa sama sebanyak 93 kes telah disabitkan kesalahan di mahkamah dengan jumlah denda RM353,280,”katanya.

Tambahnya, melalui tindakan penguatkuasaan Akta Makanan 1983, sebanyak 7,030 premis makanan telah diperiksa.

Menurut Dr. Muhammad Radzi jumlah premis makanan yang diberi perintah penutupan sementara di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 adalah 222 premis iaitu 3.16% daripada keseluruhan premis makanan diperiksa.

“Tindakan penutupan sementara premis makanan yang dikuatkuasakan oleh KKM adalah sebagai suatu Langkah menjamin kebersihan premis serta makanan yang dihidangkan.

“Sehubungan itu, tindakan penguatkuasaan ini adalah pilihan terakhir yang diambil KKM. Orang ramai dan semua pihak adalah diminta untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing agar keberkesanan perlaksanaan aktiviti kesihatan mencapai tahap optimum,”katanya. – KKM –

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here