Home Luar Negara 12 MAUT, BOT TENGGELAM DI PUSARAN AIR

12 MAUT, BOT TENGGELAM DI PUSARAN AIR

156
0

YANGON: Seramai 12 orang hilang selepas bot dinaiki mereka tenggelam dalam fenomena pusaran air di sebuah sungai di utara, Myanmar.

Memetik laporan AFP menerusi Harian Metro, kerajaan junta mengesahkan, bot itu dalam perjalanan melalui perbandaran Mingin di wilayah Sagaing utara apabila ia karam kira-kira 10 pagi, Selasa lalu.

Menurut junta bot itu tenggelam dalam pusaran air berhampiran kampung Mauk Ka Taw.

Menurutnya tiga kakitangan syarikat, enam orang awam dan tiga anggota pasukan keselamatan dikhuatiri hilang.

“Kejadian itu sedang disiasat,” kata Junta, semalam.

Media tempatan melaporkan, kira-kira 100 penumpang berada di atas bot itu. – AFP, HMetro –

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here