Home Buletin Semasa KELUHAN PENGGUNA BELI GULA BERSYARAT

KELUHAN PENGGUNA BELI GULA BERSYARAT

193
0

Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan Imedikel TV

Peniaga kecil dan pengguna mendakwa bekalan gula dijual secara bersyarat sehingga menjejaskan perniagaan dan mengganggu aktiviti harian mereka.

Bagaimanapun, pembelian itu jelas menimbulkan keluhan dan ketidakpuasan hati pengguna yang terpaksa berdepan dengan masalah itu.

Team Imedikel tv berkesempatan membuat tinjauan dan menemu bual orang awam sekitar Kota Bharu di sini, baru-baru ini.

Rata-rata premis yang menjual gula pasir kasar menetapkan syarat iaitu perlu membeli gula premium 1 kilogram (kg) terlebih dahulu baru dibenarkan membeli gula pasir kasar biasa.

Hal ini sangat membebankan pengguna kerana harga gula premium dijual antara Rm 4.20 hingga Rm 4.60.

Seorang peniaga kuih, Salina Mohamad, 57, dari Kota Bharu, berkata kesukaran membeli gula kasar itu mula menghantui peniaga kecil sepertinya kerana bakal menjejaskan perniagaan disebabkan tidak dapat membuat kuih.

Salina Mohamad, 57, dari Kota Bharu, berkata kesukaran membeli gula kasar itu mula menghantui peniaga kecil sepertinya kerana bakal menjejaskan perniagaan disebabkan tidak dapat membuat kuih.

“Kalau nak beli gula kena beli yang mahal dan kena ambik air mineral tiga botol sama juga kalau nak beli minyak masak.”

Jelas Salina, pembelian itu mengehadkan satu paket gula sahaja malah perlu membeli barangan lain sebelum membeli bekalan itu dan terbaru perlu membeli gula premium yang berharga rm4.60 sebelum dibenar mendapatkan gula kasar bersaiz 1kilogram (KG).

Katanya, tindakan peniaga kedai runcit yang menjual gula secara bersyarat menyalahi undang-undang.

“Bajet Rm10 namun tidak boleh beli sebab melebihi bajet. Kewangan sekarang sangat susah dengan minyak masak, telor, nak makan juga susah. Hari ini pun datang ke kedai untuk beli gula tapi tak ada stok.”

Menurut Salina, dia agak terkilan kerana bekalan bahan utama yang digunakan seharian dijual dengan harga yang mahal malah ditetapkan syarat oleh premis berkenaan.

Seorang pengguna, Syaibah Ismail, 66, dari Terengganu, berkata dia terkejut apabila peniaga runcit di beberapa buah premis di kawasannya menjual gula dengan harga yang berlainan.

Syaibah Ismail, 66, dari Terengganu, berkata dia terkejut apabila peniaga runcit di beberapa buah premis di kawasannya menjual gula dengan harga yang berlainan.

“Waktu saya pergi kedai untuk beli gula, dia ada dua jenis plastik gula yang berwarna hijau dan biru, saya kira keduanya pada harga yang sama lalu saya ambik keduanya, namun ketika membuat pembayaran, saya agak terkejut kerana harga yang plastik berwarna biru lebih mahal tapi saya teruskan juga beli.”

“Memang lari daripada bajet, tapi kalau ada yang murah, saya akan pergi beli di tempat yang murah sebab saya orang yang tidak bekerja jadi kita nak semua yang murah.”

Menurut Syaibah, penggunaan gula premium amat membebankan kerana terlalu mahal berbanding gula bersubsidi.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sebelum ini, menegaskan peniaga runcit untuk tidak menjual gula secara bersyarat.

Justeru, mana-mana peruncit yang berbuat demikian akan dikenakan tindakan termasuk lesen perniagaan mereka akan digantung.

Selain itu, berikutan masalah pembelian gula tersebut, orang ramai dinasihatkan untuk mengurangkan kadar pengambilan dalam darah untuk mengelakkan daripada kencing manis.

Hal itu amat penting untuk kesihatan kerana paras gula atau glukosa dalam darah yang melebihi paras normal boleh menyebabkan individu itu jatuh sakit.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here