Home Segmen Kesihatan SEMBELIT SALAH SATU PUNCA BUASIR

SEMBELIT SALAH SATU PUNCA BUASIR

Kota Bharu, KELANTAN: Pada asasnya definisi sembelit ialah apabila kekerapan untuk membuang air besar berkurangan dan kesukaran untuk membuang najis. 

Menurut Shahrizal, biasanya kekerapan membuang air besar adalah bergantung kepada seseorang individu berkenaan.

“Kalau yang normal kekerapannya bergantung untuk setiap individu tu berlainan. So kalau kita tengok kita biasa membuang air besar tiga kali sehari and berkurangan mungkin salah satu tanda-tandanya.” -Muhammad Shahrizal Sanudin, Ahli Farmasi IMedikel

Shahrizal berkata, ramai yang ambil remeh berkaitan sembelit kerana bagi mereka itu bukanlah satu isu yang besar.

Bagaimanapun, mereka perlu tahu individu yang kerap mengalami sembelit dan membiarkannya tanpa rawatan berdepan risiko penyakit lain seperti buasir disebabkan kesan meneran dengan kuat ketika membuang air besar.

“Buasir dengan sembelit ni ia berkaitan apabila sembelit berpanjangan yang tidak dirawat terutama sekali orang dewasa, dia boleh menyebabkan kepada buasir, ia saling berkaitlah.

Biasanya sembelit ni agak common lah, biasa kalau jarang-jarang berlaku, tetapi kerap sangat berlaku atau dalam tempoh berpanjangan itu sesuatu yang mungkin kena jumpa doktor untuk investigate untuk tahu apa masalah sebabnya mungkin menyebabkan buasir dan masalah lain.” -Muhammad Shahrizal Sanudin, Ahli Farmasi IMedikel

Katanya, antara punca sembelit biasanya disebabkan amalan pemakanan yang tidak baik.

Menurut Shahrizal kebanyakan individu tidak mengamalkan makan buah buahan atau sayur sayuran yang mempunyai serat.

“At least dalam setiap hidangan kita tu mengandungi sayur atau buah buahan itu sudah membantu untuk proses perut kita bekerja lah dengan betul.” -Muhammad Shahrizal Sanudin, Ahli Farmasi IMedikel

Menurut Shahrizal, tanda awal sembelit adalah kesukaran membuang air besar dan jika dalam keadaan teruk akan ada luka pada bahagian dubur.

Bagaimanapun, bagi kanak-kanak kita sebagai ibu bapa boleh melihat daripada mimik muka mereka disebabkan rasa takut dan sakit untuk membuang air besar.

Menurut Shahrizal, antara simptom sembelit, mereka kurang selera makan terutamanya kanak-kanak mereka menjadi lebih takut untuk makan dan membuang air besar.

Bagaimanapun, setiap masalah atau penyakit ada rawatannya.

“Untuk sembelit rawatan ada di farmasi, boleh dapatkan di farmasi contonya ada pil atau ubat untuk membantu merangsang perut kita membuang air besar. Ataupun ada jenis yang untuk melembutkan najis kita untuk membuang air besar. Sesetengah mungkin ibu bapa biasa dengan air sabun dia membantu juga lah membuang air besar untuk kanak-kanak, orang dewasa pun ada juga menggunakannya. -Muhammad Shahrizal Sanudin, Ahli Farmasi IMedikel

Selain daripada ubat customer atau pesakit boleh juga mengamalkan beberapa jenis pemakanan contoh pemakanan yang kaya dengan probiotik dengan prebiotik. Contohnya saya boleh tunjukkan kat sini kita ada duomix untuk dewasalah. Ia adalah susu yogourt yang mengandungi probiotik dan prebiotik. Untuk kanak-kanak yang ada masalah sembelit berpanjangan ataupun masalah usus yang ni sesuailah chewable yogourt sama juga kandungannya tapi versi tablet.”

Menurut shahrizal, kandungan probiotik dan prebiotik sangat penting untuk usus kita bekerja dengan lebih baik.

Probiotik dan prebiotik adalah dua komponen makanan yang mempunyai kebaikan kepada tubuh badan kita.

Probiotik ialah bakteria baik manakala prebiotik ialah makanan kepada bakteria baik tersebut.

“Jangan ambil mudah masalah sembelit. dapatkan rawatan segera jika anda berkemungkinan mengalami masalah tersebut. Nik Nur Zakia Abdullah, IMedikel TV.” -Muhammad Shahrizal Sanudin, Ahli Farmasi IMedikel

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here