Home Buletin Semasa ATLET PERLU HATI-HATI AMBIL MAKANAN TAMBAHAN

ATLET PERLU HATI-HATI AMBIL MAKANAN TAMBAHAN

265
0

Oleh: NIK Nur Zakia Abdullah, Wartawan Imedikel TV

Jurulatih dan atlet dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dalam pengambilan makanan tambahan.

Hal itu bagi mengelakkan bahan terlarang berada dalam badan mereka sekaligus menyebabkan atlet tersebut dilarang menyertai mana-mana pertandingan sukan.

Pengarah Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin, berkata terdapat banyak isu doping dalam kalangan atlet dan tidak dinafikan ada dalam kalangan mereka menjadi mangsa pengambilan makanan tambahan itu dan secara tidak langsung terdapatnya doping.

Pengarah Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin, berkata terdapat banyak isu doping dalam kalangan atlet.

Katanya, tidak nafikan isu dopping berlaku bukan sahaja di negara ini, tetapi juga di serantau dunia.

Menurutnya, semua atlet yang terlibat perlu menjalani ujian saringan doping.

“Kebiasaannya, penganjur terutamanya di Malaysia, majlis Olimpik Malaysia contohnya, mereka ada pasukan yang melakukan saringan untuk setiap atlet yang mengambil bahagian sebelum dan selepas.

“Peranan jurulatih dan juga pasukan, termasuk fisioterapi, pakar pemakanan dan sebagainya memeriksa bahan yang diambil sebab kadang-kadang pada usia tertentu kadang-kadang orang perlu ubat yang mungkin diambil kerana sakit dan tanpa mengetahui ia mengandungi bahan yang mana prekursornya boleh dikesan doping. Itu yang menyebabkan secara tidak langsung boleh menjejaskan menimbulkan isu doping tanpa disedari.”

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Sains dan Sukan kali ke-13 (13th ISSC), di dewan kuliah 4, USM, Kubang Kerian, di sini, semalam.

Sementara itu, Pengerusi Persidangan Antarabangsa Sains Sukan, USM Kubang Kerian, Dr. Ayu Suzailiana Muhamad, berkata tidak dinafikan ada dalam kalangan atlet negara menjadi mangsa keadaan selepas pengambilan makanan tambahan tersebut.

Persidangan Antarabangsa Sains dan Sukan kali ke-13 (13th ISSC), di dewan kuliah 4, USM, Kubang Kerian,

“Betul isu doping memang ada. Tetapi jurulatih dan atlet kena ambil tanggungjawab untuk tahu apa yang diambil. Sebab mereka mendakwa mereka tidak menyedari terdapat bahan terlarang dalam makanan tambahan itu. Kadang-kadang pihak berkenaan tidak menyatakan kandunagn spesifik bagi makanan tambahan tersebut. Jadi tanggungjawab individu sendiri untuk memastikan bahan-bahan tersebut tidak mengandungi bahan terlarang.”

Menurut Dr. Ayu isu doping tersebut dikatakan serius kerana mana-mana atlet yang terbabit akan digantung penyertaan, kemenangan juga boleh ditarik balik serta menjatuhkan reputasi atlet dan secara tidak langsung kepada negara.

Seramai 10 orang penceramah jemputan, 26 orang penceramah simposium, 61 orang pembentang lisan dan 13 orang pembentang poster daripada pelbagai negara termasuk New Zealand, South Korea, Turkiye, Indonesia, China, Hong Kong, India, Thailand, dan Finland terlibat dalam persidangan itu yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam hingga 6 September.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here