Home Hiburan EZZANIE SANGKAL DAKWAAN SOMBONG, AKUI HANYA MANUSIA BIASA

EZZANIE SANGKAL DAKWAAN SOMBONG, AKUI HANYA MANUSIA BIASA

66
0

KUALA LUMPUR: “Saya juga manusia biasa macam kalian,” tulis pelakon, Ezzanie Jasny bagi menjawab dakwaan segelintir pihak yang melabelkan dirinya sebagai seorang selebriti yang sombong.

Menerusi satu hantaran di aplikasi Threads semalam, Ezzanie atau nama sebenarnya Nur Ezzanie Sherazade Jasny, 27 menjelaskan sepanjang pembabitannya dalam industri seni, dia tidak pernah menolak permintaan peminat untuk bergambar atau berbual.

Memetik laporan menerusi Harian Metro Ezzanie mengakui sebagai manusia, dia juga tidak terlepas daripada melalui hari-hari yang mencabar sehingga memberi kesan kepada emosinya.

“Saya sombong? Selama saya dalam industri ini, saya tidak pernah kata ‘tidak’ bila orang ajak bergambar atau bersembang. Kami juga lalui hari-hari seperti ‘rollercoaster’,” tulisnya.

Menjelaskan mengenai tanggapan orang yang melihatnya seperti kurang mesra, Ezzanie memohon peminat memahami situasinya jika dia dilihat kurang bercakap dalam keadaan tertentu.

“Kadang-kadang kalau nampak saya diam atau tidak banyak bercakap, mungkin saya sedang penat atau sedang fokus,” tulisnya lagi.

Dalam hantaran yang sama, Ezzanie turut mengambil kesempatan untuk memohon maaf sekiranya berlaku salah faham dan menegaskan bahawa dia amat menghargai sokongan peminatnya.

“Bukan sombong. Saya sentiasa hargai semua yang datang tegur dan sokong saya. Kalau ada tersalah faham, saya minta maaf ya,” kongsinya.

Terdahulu, tular seorang pengguna Threads yang memetik beberapa nama selebriti termasuk Ezzanie sebagai selebriti yang sombong. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here