Home Buletin Semasa DERITA PENYAKIT KARBUNKEL

DERITA PENYAKIT KARBUNKEL

227
0

Pulai Chondong, KELANTAN: Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Terlantar hampir 6 bulan dalam keadaan mengiring ke kanan. Itu yang ditanggung Nornikman Mat Yusof Dari Kampung Pulai Chondong, di sini.


Nornikman, 39, berkata sebelum ini, dia mampu menguruskan diri sendiri dan masih boleh berkerusi roda selepas kaki kanannya dipotong hingga paras lutut akibat kencing manis pada disember 2020.


Dia yang sebelum ini bekerja sebagai tukang rumah bagaimanapun terpaksa berhenti kerja apabila menghidap karbunkel iaitu sejenis bisul di bahagian leher.

“Mula-mula naik di leher,orang panggil raja satung. Dia naik biji jadi terik urat demam. Masuk hospital bedah. Dalam keadaan mencuci bisul tersebut ingatkan dah selesai lah pastu makin naik jadi 3 dan 4. Dalam masa belum sembuh yang sebelum ni. Pergi hospital pula. Dekat sebulan tinggal di hospital untuk mencuci. Bermula dari situ lah jadi merebak”, katanya.


Nornikman berkata, hampir lapan kali dia melakukan pembedahan untuk membuang bisul terbabit, namun yang menghairankan bisul itu sentiasa ada dan tidak pernah hilang.

Menurut Nornikman, setakat ini sudah lapan kali dia menjalani pembedahan untuk membuang bisul.
Nornikman yang juga anak keempat daripada enam beradik itu bagaimanapun mengambil inisiatif dengan menggunakan perubatan alternatif.

“Jadinya sebab naik benda yang sama, kita pun cuba rawatan luar sebab kalau pergi ke hospital pun benda sama juga, bedah cuci, juga makan masa lama pula untuk tumbuh isi jadi kita ambil yang rawatan luar ni okay sikit ada perubahan. Baru seminggu. Ada perubahan sikit tempat luka tu.”

Nornikman berkata, sebelum ini dia ke klinik berdekatan untuk mencuci kesan bisul sebanyak dua kali seminggu, tetapi disebabkan keadaannya semakin kurang baik dan sukar bergerak, dia mengambil keputusan untuk tidak lagi ke klinik berkenaan.

Katanya untuk perubatan alternatif, pihak mereka datang ke rumah untuk membuat rawatan.

“Naik biji ada mata. Sampai masa dia pecah cuma setakat ni dengan ubat kita guna yang pusat rawatan ni dia naik tapi bila guna spray dia tu jadi tidak besar. Ubat tiga jenis ubat telan, ubat minum pastu ada spray”.

Nornikman yang belum berumah tangga tinggal bersama ibunya Munah Awang, 68 yang sudah tua dan juga menghidap kencing manis, darah tinggi dan jantung.

Katanya, dia sebolehnya tidak mahu membebankan ibunya yang sudah tua, tetapi apakan daya, keadaannya tidak mengizinkan.

Menurutnya, dia bersyukur kerana turut dibantu anak saudaranya untuk mencuci lukanya.

Nornikman berkata, dia berharap agar dirinya sembuh daripada penyakit itu dan menjalani kehidupan normal seperti sebelum ini.

“Kira harapan dia memang nak sembuh la.” Dia berkata demikian ketika temubual bersama wartawan Imedikel TV dirumahnya.

Dia yang menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM 300 sebulan berkata, jumlah itu tidak mencukupi memandangkan kos keseluruhan perbelanjaan harian hampir RM 1500 sebulan.

Katanya, buat masa sekarang, dia menerima bantuan daripada sahabat dan keluarga yang datang menziarah memandangkan kos untuk perubatan alternatif juga hampir RM2000 mengikut pakej.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh terus ke nombor akaun tertera dibawah.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here