Home Sukan MBAPPE MASIH MAMPU RAMPAS KASUT EMAS DARIPADA MESSI

MBAPPE MASIH MAMPU RAMPAS KASUT EMAS DARIPADA MESSI

53
0

EAST RUTHERFORD: Perebutan Kasut Emas Piala Dunia 2026 masih terbuka apabila Kylian Mbappe, Harry Kane dan Jude Bellingham berpeluang menambah jaringan pada aksi penentuan tempat ketiga.

Memetik laporan Agensi menerusi Harian Metro,  walaupun Perancis dan England gagal mara ke final, perlawanan itu tetap penting kerana jaringan yang dihasilkan masih dikira dalam statistik rasmi kejohanan.

Mbappe kini berkongsi kedudukan teratas bersama Lionel Messi dengan lapan gol, manakala Kane dan Bellingham masing-masing mengumpul enam gol. Ousmane Dembele turut memiliki peluang dengan lima gol.

Aksi penentuan tempat ketiga memberi peluang kepada Mbappe memintas Messi sebelum kapten Argentina itu beraksi di final menentang Sepanyol.

Namun, Messi masih berada di kedudukan lebih baik menerusi jumlah bantuan gol yang menjadi antara kriteria pemisah jika pemain terikat jumlah jaringan.

Kriteria penentuan Kasut Emas FIFA adalah:

Jumlah gol terbanyak

Jumlah bantuan gol terbanyak

Jumlah minit permainan paling sedikit

Sejarah turut membuktikan aksi tempat ketiga mampu mengubah persaingan penjaring terbanyak apabila Salvatore Schillaci (1990) dan Davor Suker (1998) menjaringkan gol dalam perlawanan itu sebelum meraih Kasut Emas.

Justeru, pertemuan Perancis dan England berpotensi mencetuskan perubahan sebelum Argentina dan Sepanyol menentukan juara serta pemenang rasmi Kasut Emas Piala Dunia 2026.-Agensi, HMetro Online-

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here