Kuala Lumpur: Hasrat Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai untuk melangkah ke final Masters China 2026 tidak kesampaian apabila gandingan negara itu tewas kepada pasangan nombor satu dunia, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping, pada separuh akhir di Shenzhen, hari ini.
Memetik laporan Harian Metro, Pasangan pilihan kelapan kejohanan itu terpaksa akur kepada kehebatan gandingan tuan rumah apabila tewas 11-21, 21-23 dalam pertarungan yang berlangsung sengit terutama pada set kedua.
Soon Huat-Shevon bagaimanapun cuba bangkit selepas ketinggalan pada set pertama, malah memberikan tentangan hebat kepada Feng-Huang untuk memaksa set kedua berlanjutan sehingga mata kritikal.
Namun, ketenangan pasangan China itu pada penghujung permainan menyaksikan Soon Huat-Shevon terpaksa menamatkan cabaran mereka di peringkat separuh akhir.
Kekalahan itu menyaksikan gandingan negara gagal menjejak langkah pasangan profesional negara, Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing yang terlebih dahulu menempah tiket ke final selepas menewaskan pasangan China, Zhu Yi Jun-Li Qian, 21-12, 21-10.– HMetro–
IMedikel TV






